BTC USD 83,136.6 Gold USD 4,169.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum Perdana pula dibatal.

“Ia bukan pun program (kementerian) saya, maka, bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,”
https://www.utusan.com.my/.../fahmi-fadzil-nafi-jadi.../


Fahmi Fadzil nafi jadi dalang singkir Ridhuan Tee dalam forum perdana​

WhatsApp-Image-2022-12-16-at-11.15.36-AM.jpeg



FAHMI Fadzil (depan tiga kiri) dan timbalannya, Teo Nie Ching (depan tiga kanan) bergambar bersama warga kementerian Komunikasi dan Digital pada Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital kepada warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

  • 16 Disember 2022, 1:12 pm


PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan dakwaan bahawa dirinya sebagai dalang yang mengarahkan anggota panel Forum Perdana Ehwal Islam ditukar.




Malah, beliau turut mengesahkan bahawa program bual bicara keagamaan popular pada setiap Khamis itu bukanlah di bawah pengawalan tanggung jawab oleh kementeriannya.

“Ia bukan pun program (kementerian) saya, maka, bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.




Kelmarin, pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa kononnya beliau tidak dibenarkan menjadi antara panel forum tersebut atas arahan daripada seorang menteri.

Hantaran tangkap layar perbualan ringkas melalui aplikasi Whatsapp mengenai larangan jemputan ke atas agamawan Cina mualaf itu tular diperkatakan ramai warganet tempatan.

Bagaimanapun, dakwaan beliau kononnya rancangan bicarawara Islam itu dibatalkan tidak pula berlaku, sebaliknya bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi dalam nada berjenaka memaklumkan bahawa beliau tiada punca kuasa untuk menyekat mana-mana individu dalam program bukan kementeriannya.

“Orang di luar sana yang mungkin tidak faham akan bercakap macam-macam, tetapi, ramai tidak tahu, saya pun tiada punca kuasa untuk program sedemikian disiarkan,” jelasnya.

Terdahulu, beliau hadir untuk berucap buat julung kalinya pada Majlis Amanat Menteri di kementeriannya sejak dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 3 Disember lalu.



Forum Perdana Ehwal Islam diterbitkan oleh Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak awal dekad 1980-an lagi dengan durasi siaran selama satu jam.

Pada malam tadi, program itu menyaksikan tempat Ridhuan digantikan oleh pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman dan bergandingan dengan Datuk Mohd. Kazim Elias.

Ia disiarkan secara langsung dari auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya, Selangor dengan ditaja Bank Islam Malaysia Berhad.

Penggantian Ridhuan juga disahkan oleh pendakwah mualaf terkenal, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman sosialnya tetapi menegaskan program itu ke udara seperti biasa.-UTUSAN



"Bagaimanapun, dakwaan beliau kononnya rancangan bicarawara Islam itu dibatalkan tidak pula berlaku, sebaliknya bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1."

serius la.. tajuk thread dah terang2 kata batal....ni contoh fitnah depan mata ke apa ni.. hahahahahahaha..
 
"Bagaimanapun, dakwaan beliau kononnya rancangan bicarawara Islam itu dibatalkan tidak pula berlaku, sebaliknya bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1."

serius la.. tajuk thread dah terang2 kata batal....ni contoh fitnah depan mata ke apa ni.. hahahahahahaha..

tajuk thread je gempaq..

cube baca page 1.. post ckp pasal Ridhuan Tee Abdullah jer
 
Ridhuan Tee sendiri yg sebut dia kena atas arahan menteri

Jadi kita kena tabayyun dulu, zaman sekarang ini yg berkopiah putih pun sukar utk dipercayai CMM.

bukan sy nk generalise yg semua yg berkopiah putih itu jahat, tp apa jua cerita kita mesti tabayyun.

Adakah benar dibatalkan, atau cuma ditukar penalist.
 
Itulah tuan, bila seorg yg fasiq membawa berita, kita kena tabayyun. Program diteruskan cuma penalist saja ditukar, tp penalist yg ditukar tu pandai2 dakwa program dibatalkan.
program mggu yg die patutnya jadi tu terpaksa batal
sbb kene halau 1 day sebelum program jalan, dah xsempat nak cari panel baru
 
Itulah tuan, bila seorg yg fasiq membawa berita, kita kena tabayyun. Program diteruskan cuma penalist saja ditukar, tp penalist yg ditukar tu pandai2 dakwa program dibatalkan.

lain2 sebut dari awal memang dia org sebut pasal Dr. Ridhuan Tee Abdullah je... bukan pasal program batal..

tak pe la sendiri type sendiri tanggungjawap sudah
 
Back
Top
Log in Register