BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum Perdana pula dibatal.

dah sedap membahan.. komunis la.. agenda kafir la.. sekali elok je program tu kat tv.. tukar org je pun... fitnah dari org islam utk org islam..hahahahaha
 
Ironi sungguh, masa jadi pembangkang suruh kerajaan haramkan DAP, bila jadi kerajaan x pula kacau DAP.
Masa jadi pembangkang marah jgn sekat Zakir Abdul Karim berdakwah, bila jadi kerajaan x buat apa2 untuk batalkan larangan yg dibuat.

Owh terlupa, dulu pakcik tu bukan siapa2 , kini dah jadi pak mertua (TITM)

............................

Jangan sekat dakwah Zakir Naik - PAS
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Aug 20, 2019 3:50 PM
ā‹…
PAS mengingatkan pihak polis tidak menyekat usaha dakwah dengan melarang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam.

Sebaliknya, kata timbalan presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man, garis panduan perlu diberikan kepada Zakir agar tidak menyentuh isu sensitif.

"Jangan menyekat dakwah, ia bercanggah dengan nas syarak. Bagi garis panduan agar beliau tidak menyentuh isu sensitif.

"Manfaatkan kepakaran beliau dan khasnya dalam kalangan golongan intelek," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu polis dilapor mengharamkan pendakwah Dr Zakir menyampaikan ceramah awam atas ā€œdemi kepentingan keselamatan negara dan untuk memelihara keharmonian kaumā€.

Semalam, Zakir sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman bagi merakam keterangannya berhubung ucapan didakwa berbaur perkauman dalam satu program di Kelantan, baru-baru ini.

Zakir mendakwa kenyataannya dipetik di luar konteks.

Ahad lalu, media melaporkan Melaka antara enam negeri yang mengenakan larangan ceramah terhadap Zakir selepas Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak dan Johor.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Ahad lalu juga turut menyifatkan kenyataan Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia melanggar peraturan.

Zakir kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata kerajaan persekutuan sepatutnya mengotakan janji untuk lebih terbuka selain menggalakkan dialog ilmiah dan wacana intelektual.

"Selain itu, urusan agama dipantau oleh majlis agama di setiap negeri," katanya ringkas.
 
Masih tak menjawab isu asas iaitu kenapa Ridhuan digam oleh menteri. Spin selagi boleh šŸ˜‚

Lah, soalan tu yg boleh jawab cuma menteri yg berkenaan lah, bukan aku ada jawapan tu. Tp aku dah bagi rasional aku mengapa larangan berkenaan mungkin diberikan, iaitu pendirian Redhuan Tee yg jelas2 bertenangan dgn kerajaan, jadi lebih baik dia sendiri yg tarik diri dari apa program kerajaan. Gunakan lah platform bebas utk teruskan pendirian dia tu
 
Ironi sungguh, masa jadi pembangkang suruh kerajaan haramkan DAP, bila jadi kerajaan x pula kacau DAP.
Masa jadi pembangkang marah jgn sekat Zakir Abdul Karim berdakwah, bila jadi kerajaan x buat apa2 untuk batalkan larangan yg dibuat.

Owh terlupa, dulu pakcik tu bukan siapa2 , kini dah jadi pak mertua (TITM)

............................

Jangan sekat dakwah Zakir Naik - PAS
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Aug 20, 2019 3:50 PM
ā‹…
PAS mengingatkan pihak polis tidak menyekat usaha dakwah dengan melarang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam.

Sebaliknya, kata timbalan presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man, garis panduan perlu diberikan kepada Zakir agar tidak menyentuh isu sensitif.

"Jangan menyekat dakwah, ia bercanggah dengan nas syarak. Bagi garis panduan agar beliau tidak menyentuh isu sensitif.

"Manfaatkan kepakaran beliau dan khasnya dalam kalangan golongan intelek," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu polis dilapor mengharamkan pendakwah Dr Zakir menyampaikan ceramah awam atas ā€œdemi kepentingan keselamatan negara dan untuk memelihara keharmonian kaumā€.

Semalam, Zakir sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman bagi merakam keterangannya berhubung ucapan didakwa berbaur perkauman dalam satu program di Kelantan, baru-baru ini.

Zakir mendakwa kenyataannya dipetik di luar konteks.

Ahad lalu, media melaporkan Melaka antara enam negeri yang mengenakan larangan ceramah terhadap Zakir selepas Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak dan Johor.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Ahad lalu juga turut menyifatkan kenyataan Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia melanggar peraturan.

Zakir kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata kerajaan persekutuan sepatutnya mengotakan janji untuk lebih terbuka selain menggalakkan dialog ilmiah dan wacana intelektual.

"Selain itu, urusan agama dipantau oleh majlis agama di setiap negeri," katanya ringkas.
Kenapa nak batalkan larangan sedangkan Zakir sendiri pun tak mintak. Lebih sudu dari kuah šŸ˜‚
 
Back
Top
Log in Register