BTC USD 81,323.9 Gold USD 4,157.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum Perdana pula dibatal.

Ridhuan Tee kesal dilarang tampil dalam Forum Perdana

PUTRAJAYA – Pendakwah terkenal, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” katanya.

Hantaran beliau yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Ahli Majlis Dakwah Negara itu turut mencetuskan perasaan simpati daripada ramai netizen tempatan.

Forum tersebut dijadualkan pada 9 malam ini turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.

Ia sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad di Kelana Jaya, Selangor dengan tajaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. – KOSMO! ONLINE
 
Dah ada kuasa, balas dendam la.
Bila ntah nak majukan negara. Asyik berpolitik je tak abis2. Next year prn pulak.
Pastu cantas mencantas. Patut la kita tak maju. Patut prn buat sekali dengan pru aritu
 
Dah ada kuasa, balas dendam la.
Bila ntah nak majukan negara. Asyik berpolitik je tak abis2. Next year prn pulak.
Pastu cantas mencantas. Patut la kita tak maju. Patut prn buat sekali dengan pru aritu

Camtu la, bila dah berkuasa. Menteri pun tak berani nak buat press conference pasal ni takut kena maki hamun
 

Firdaus Wong Wai Hung​

1j ·



Ketika saya menerima screenshot ini, saya terus menghubungi Dr Ridhuan Tee untuk mendapatkan penjelasan. Saya tidak akan percaya hanya kerana ada screenshot tetapi saya akan bertanya kepada tuan punya badan jikalau mempunyai akses terus kepada mereka.

Dr Ridhuan Tee mengesahkan kepada saya bahawa namanya telah dikeluarkan dari program ini dan digantikan dengan panelis lain.

Ketika Gobind Singh menjadi Menteri Komunikasi, beliau sangat terbuka menerima kepelbagaian individu dari latarbelakang politik, agama dan ideologi berbeza.

Banyak polisi yang bagus dan seingat saya, beliau hanya masuk campur sedikit apabila mempertikaikan kenapa Bernama membatalkan temuramah Siti Kasim tetapi sebenarnya hanya dipinda tarikh dan tidak dibatalkan.

Jikalau Siti Kasim dan lain lain yang mungkin ada pandangan dan pendapat mereka tidak dipersetujui juga boleh muncul di kaca TV, apa pula alasan Dr Ridhuan Tee yang telah terlibat dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam sejak 1990an dibatalkan oleh Menteri Komunikasi?

Jikalau kita memperjuangkan hak kebebasan bersuara, ini bermakna kebebasan bersuara orang yang tidak setuju atau sealiran dengan kita juga perlu diberikan hak yang sama! Kebebasan bersuara tidak bermakna andai hanya orang yang sealiran dan sependapat dengan kita sahaja dibenarkan bersuara tetapi mereka yang nampak berbeza itu dinafikan hak.

Pemimpin perlu walk the talk!

Saya mendokong kebebasan bersuara dari semua pihak selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara.

Jikalau ada pihak yang mengatakan Dr Ridhuan Tee menimbulkan kebencian agama dan kaum, maka kenapa tidak membuat laporan polis atau saman sahaja dia?

Sebenarnya Dr Ridhuan Tee pun bukannya melobi atau terhegeh-hegeh untuk muncul di kaca TV tetapi tindakan ini tidak nampak seperti kita melangkah ke depan tetapi seperti berundur ke belakang.

Jikalau mereka yang mengata macam-macam terhadap Islam & Muslim itu dikatakan demokrasi & hak kebebasan bersuara, hak yang sama perlu diberikan kepada yang ingin bersuara menjawab tohmahan.

Kita sokong apa jua prinsip dan polisi baharu mana-mana government of the day yang bagus serta mengkritik prinsip & polisi yang double standard tanpa perlu menjadi ahli atau penyokong. Secara peribadi saya lebih selesa begitu tanpa saya memaksa sahabat-sahabat untuk mengikuti prinsip saya.


1671101281911.png

1671101290400.png

1671101299933.png
 
Back
Top
Log in Register