PENGETAHUAN KESIHATAN
Bagaimana kita dapat mengesan kemerosotan fungsi-fungsi biologi manusia.
Menurut penyelidikan saintifik, badan manusia menua selepas mencapai satu tahap kedewasaan. Ia semakin meningkat apabila berumur di antara 30-40 tahun. Salah satu kesan-kesan ketara penuaan adalah kemerosotan fungsi-fungsi biologi dan biasanya dikesan seperti berikut:
Tiasa tegangan di waktu pagi yang biasa dialami semasa remaja, cepat letih & tidak mampu beraksi seperti yang diharapkan. Sentiasa keletihan walaupun semasa bangun pagi, mula sakit-sakit belakang.
Maca diperkenalkan oleh Dr. Gloria Chacon de Popivici yang merupakan seorang ahli biologi dari Universiti San Macros di Lima, Peru, pada awal 1960an lagi.
Selama ribuan tahun dahulu, tumbuhan Maca ini telah pun digunakan pada zaman tamadun Inca di Peru sebagai sumber kesihatan yang penting.
Dengan kandungan nutrisinya yang tinggi, Maca bukan sahaja mampu meningkatkan keupayaan seksual dan melambatkan menopause, tetapi ianya juga efektif untuk meningkatkan tenaga dan stamina, menangani stres atau tekanan emosi dan menguatkan sistem memori. Maca juga didapati berkesan merawat pelbagai jenis penyakit.
Sungguh pun sering dibandingkan dengan Viagra, Maca tidak langsung menganggu sistem semulajadi badan, dengan kata lain, tidak seperti Viagra, Maca tidak memberikan kesan-kesan sampingan yang negatif. Maca menseimbangkan hormon dalam badan, selamat dan mujarab. Kajian-kajian saintifik antarabangsa telah membuktikan, dengan pengambilan yang teratur dan konsisten, Maca adalah berkesan untuk:
Merangsang daya seksual
Meningkatkan tenaga, stamina dan kesegaran badan
Menangani stress (tekanan emosi)
Meningkatkan fungsi kelakian
Meningkatkan jumlah sperma
Mengatasi masalah lemah tenaga batin
Membantu melambatkan menopause dikalangan wanita
Mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur
Membuang toksin dari badan
Meningkatkan kualiti tidur.
Kaum Cina mula menggunakan ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu. Orang Cina menggelar herba itu sebagai ginseng yang membawa makna 'tumbuhan manusia' (Man Plant) kerana bentuk tumbuhan herba itu yang merupai bentuk manusia. Kemudiannya ginseng diberi nama Latin atau sainstifik yang berbunyi Panax oleh ahli botani. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit (cure all). Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famali Panacea. Selain daripada kaum Cina , orang tempatan Amerika Utara (North Native American) juga menggunakan ginseng sebagai ubat. Terdapat banyak ginseng semulajadi atau lebih dikenali sebagai ginseng liar yang tumbuh di benua Amerika Utara dan dikenali sebagai Panax quinquefolium
STRUKTUR FIZIKAL DAN HABITAT GINSENG
Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang yang boleh tumbuh sehingga beratusan tahun. Badan herba itu adalah pendek dan seluruh badannya terbenam dalam tanah. Pada kebiasanya habitat semulajadi ginseng adalah di lurah-lurah yang curam dan berteduh di hutan tebal. Sesebatang ginseng yang matang akan mempunyai lima daun di tangkainya. Ginseng akan berbunya pada setiap musim bunga. Kuntum bunga ginseng berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas. Ginseng akan terus tumbuh sehingga saiznya mencapai 7-21 inci. Badan ginseng adalah 100% akar yang berwarna kuning cerah. Ginseng mempunyai akar yang bercabang dan panjang.
KANDUNGAN GINSENG
Bahagian paling berharga bagi ginseng adalah bahagian akarnya yang berbentuk seakan-akan bentuk manusia. Akar ginseng mengandungi 16 jenis ‘ginesenosides’, karbohidrat, selulosa, mineral dan lain-lain lagi. Pada tahun 1960-an pengkaji-pengkaji di Moscow danTokyo menemui satu sebatian di dalam ginseng dan mereka menamakannya sebagai ‘terpenidol glycosides’. Mereka menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus dalam kajian, didapati sebatian tersebut dapat membekalakn lebih tenaga kepada tikus tersebut. Pengkaji-pengkaji mengesan sebatian itu terdiri daripada molekul gula dan molekul ‘terpenoid’. ‘Terponoid’ ialah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan yang seripa dengan hormon pada haiwan. Kemudiannya, terpenodol glycosides telah dinamakan sebagai ‘ginesenosides’. ‘Ginesenosides’ yang memainkan peranan membuat ginseng terkenal dengan nama ‘ubat segala penyakit.’.
KEGUNAAN DAN KEBAIKAN GINSENG
Ginseng merupakan salah satu anugerah terbaik alam kepada manusia. Ginseng digunakan untuk meninggikan daya ketahanan fizikal dan mental manusia, meninggikan tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kelosterol dan mencegah penyakit kanser. Selain itu, peranan tradisional ginseng adalah meningkatkan keharmonian seks. Ginseng juga menguatkan fizikal badan untuk menentang keletihan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ginseng yang kerap menbawa manfaat untuk penyakit Alzhemer’s (penyakit kehilangan daya ingatan), menangani penyakit diabetes (merendahkan kandungan gula dalam badan), mengatasi masalah penuaan (aging process), menguatkan sistem keimunan dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan keterangan lanjut tentang kebaikan ginseng :
MENGURANGKAN TEKANAN KEHIDUPAN
Kajian-kajian yang lepas dan berterusan hingga masa kini membuktikan ginseng berkesan menolong badan manusia dalam menangani masalah tekanan kehidupan. Dalam kajian yang dijalankan dalam makmal di Korea, Rusia, Bulgaria, Amerika Utara dan London yang menggunakan tikus sebagai eksperimen, menunjukkan tikus di bawah tekanan akan menjadi lebih lengah jika diberi dos ginseng yang ditetapkan. Buku yang berjudul "Ginseng, The Magical Herb of the East" yang dikarang oleh Stephen Fulder, menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan lebih cepat. Adalah menjadi tradisi bagi askar China membawa bersama ginseng ke perang yang bertujuan meningkatkan kecergasan dan meringankan tekanan mereka. Pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng meninggalkan kesan positif kepada kelenjar adrena dan aktiviti minda.