BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ForexHunt - www.forexhunt.org

Kenapa dan mengapa ForexHunt belum menjelaskan Withdrawal?

  • Total voters
    0
ohh my sweet miss tatiana...why you still keep silent???are you in silent mode???or you are going to sleep???how long you want to check my acc??
 
Peralihan Kuasa ForexHunt kepada LiteForex

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ke hadapan semua pelanggan Forexhunt yang dihormati khususnya para trader di CariGold.

Berkuatkuasa 26 Julai 2010 kumpulan syarikat LiteForex telah mengambilalih kawalan dan pengurusan syarikat ForexHunt. Proses ini dilihat sangat penting bagi memastikan kepentingan semua pelanggan-pelangan ForexHunt yang sedia ada dan seterusnya menggunakan segala kemampuan dan kepakaran Liteforex dalam memastikan operasi dan urusniaga semua pelanggan Forexhunt terjamin dan berterusan.

Semua urusan pengambilalihan ini adalah dijamin selamat dan bertujuan menjaga kepentingan semua pelanggan yang sejak sekian lama bersama ForexHunt baik dari segi pelaksanaan dan pengurusan polisi-polisi syarikat.

Pihak kami, LiteForex terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pelanggan syarikat ForexHunt atas segala kemungkinan dan kesulitan yang berlaku dalam masa terdekat ini. Apa yang menjadi keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan segala hal-hal yang tertunggak terutamanya berkaitan dengan pengeluaran wang pelanggan yang sudah lama terganggu. Semua proses audit dan berkaitannya akan dilakukan dengan tahap professionalisme yang tinggi tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan ForexHunt yang telah memeterai perjanjian sebelum ini.

Mulai 26 Julai 2010 juga semua urusan pengeluaran wang pelanggan ForexHunt akan dilakukan mengikut polisi-polisi LiteForex yang sedia ada digunapakai. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang tapi akan berusaha keras untuk menyelesaikan semua urusan pengeluaran pelanggan-pelanggan ForexHunt yang tertunggak dalam masa maksimum 3 hari bekerja sebagaimana yang dinikmati oleh pelanggan-pelanggan LiteForex. Pihak pengurusan kewangan LiteForex akan berusaha gigih menggunakan segala kemampauan dan kepakaran dalam memastikan semua janji ini dipenuhi dalam masa yang telah dijanjikan.

Semua pelanggan yang mempunyai pertanyaan mengenai syarikat ForexHunt boleh menghubungi pihak syarikat yang masih meneruskan segala urusan kerja seperti biasa. Live Chat On bila-bila masa

Nota Kaki:
Sukacita dimaklumkan pihak LiteForex akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan tidak ada seorang pun pelanggan ForexHunt yang gagal mendapat wang yang memang haknya. Kami tumpang simpati dengan apa yang telah terjadi namun kita tetap perlu teruskan apa yang sudah dimulakan sebelum ini.

:)paid:)paid:)paid:)paid:)paid
 
Last edited:
harap2 semua trader FH dpt apa yang sepatutnya mereka dpt.
 
so macamane nk wd skrg???guna IB litefx ke??
 
Proses withdrawal sedang dijalankan dengan bantuan pengurusan baru dan seperti yang diberitahu sebelum ini mulai 26hb Julai.

Proses ini akan mengambil masa maksimum 3 hari bekerja.

Semua urusan dilakukan oleh pihak HQ dan IB LiteForex di Malaysia hanya fokus kepada klien2 LiteForex sahaja buat masa ini.Kami di LiteForex Malaysia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk sebarang urusan pelanggan FH cuma boleh membantu memberikan info-info yang diperlukan jika perlu..

Sekali lagi dimaklumkan semua urusan ForexHunt ini dilakukan dengan bantuan pnegurusan LiteForex Russia dan kami sebagai wakil rasmi LiteForex di Malaysia hanya membantu memudahkan pemahaman klien2 FH berkaitan isu ini.

harap maklum..
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13714
USD / JPY
157.382
GBP / USD
1.32550
USD / CHF
0.83202
USD / CAD
1.41746
EUR / JPY
178.965
AUD / USD
0.70179
Back
Top
Log in Register