BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FOREX: Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) Rabu, dirangsang oleh ulasan Bank Negara Malaysia mengenai keadaan ekonomi dan kewangan dunia yang semakin baik, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit mencatatkan 3.3710/3760 berbanding dollar, lebih tinggi berbanding 3.3870/3910 pada penutup semalam.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 2009 pada Selasa, Bank Negara membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada dua peratus.

Seorang peniaga berkata ringgit mendapat manfaat daripada keputusan bank pusat (mengekalkan OPR) ketika wujud keyakinan terhadap pemulihan ekonomi tempatan, yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap mata wang tempatan semasa dollar AS lemah di peringkat global.

Peniaga itu berkata trend itu turut meningkatkan mata wang serantau seperti baht dan peso.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit mengukuh berbanding dollar Singapura kepada 2.4378/4441 berbanding 2.4400/4454 semalam, namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8224/8294 berbanding 3.8198/8247 sebelumnya.

Mata wang tempatan rendah berbanding pound British kepada 5.6326/6426 berbanding 5.5977/5050 semalam, dan juga rendah berbanding euro pada 5.0599/0684 berbanding 5.0531/0594 sebelumnya.



-- BERNAMA
:D
 
ini time nak depo... lupe plak.... lalu ib sama jak...waakakakkaaa
 
macam mana plak dengan $ Brunei? :D
 
usd mmg mengong..................teruk betul
 
huhuhu...dgr kate ader yg mc..huhuhu
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15720
USD / JPY
160.148
GBP / USD
1.33988
USD / CHF
0.79348
USD / CAD
1.39038
EUR / JPY
185.323
AUD / USD
0.70820
Back
Top
Log in Register