BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forex fundamentals (GU,GJ.UJ,EU,NU,USDX,EURX)

gluck 2 u saudara...jarang2 jumpa thread FA ni.....
 
1 Dec 2009
Fundamental analisis post mortem
Sentimen pasaran saham US agak bercampur-campur disebabkan oleh penurunan harga komoditi pada sessi awal dagangan dan ura-ura ‘Fed’ untuk menarik balik bantuan kewangan yang diberikan untuk menangani resessi dgn menggunakan cara ‘Reverse Repo’.Akan tetapi, sentimen itu telah dinaikkan pada sessi akhir dagangan oleh data ekonomi Chicago PMI dan kenaikan harga komoditi. Kesan dari kemelut Dubai boleh dikatakan sudah menyusut kerana harga komoditi sudah kembali pulih.
Sentimen untuk hari ini masih ‘bull’ dan sentimen maket keseluruhan masih juga ‘bull’. Sejumlah data ekonomi hari ini mungkin akan menyebabkan market akan menjadi agak ‘volatile’ disebabkan oleh ‘volume’ yang rendah.
Beri perhatian yang khusus terhadap ucapan ahli MPC Posen, Nationwide HPI (gbp), Manufacturing PMI(gbp) Unemployment rate (euro),ISM PMI(usd) dan Pending Home Sales(usd).
usd-index-1-dec-2009.gif

euro-index-1-dec-2009.gif

eurusd-1-dec-2009.gif

gbpusd-1-dec-2009.gif

gbpjpy-1-dec-2009.gif

nzdusd-1-dec-2009.gif

usdjpy-1-dec-2009.gif

sentimen-bar-indicator-1-dec-2009.gif
 
2 Dec 2009
Fundamental analisis ‘post mortem’
Sentimen pasaran saham US naik disebabkan oleh:
1.Sektor perindustrian China menunjukkan pekembangan yang pesat.
2.Dubai world telah menyatakan bahawa masaalah hutangnya akan diselesaikan secepat mungkin
Secara ammya sentimen pasaran saham seluruh dunia kembali normal dan sentimen ‘risk’ semakin kuat disebabkan kebimbangan terhadap masaalah Dubai semakin kurang dan data-data ekonomi seluruh dunia menunjukkan perkembangan yang positif.
RBA juga mengummumkan kenaikan kadar faedah semalaman dan keadaan ini disebabkan oleh keadaan ekonominya yang semakin pulih disebabkan oleh kenaikan harga komoditi.
Sentimen dan ‘trend’ untuk hari ini masih ‘bull’, sentimen market keseluruhan masih ‘bull’. Perlu berhati-hati hari ini kerana sentimen ‘profit taking’ mungkin akan berlaku didalam market.
Data-data ekonomi yang perlu diperhatikan ialah:
1.Challenger job cuts (usd)
2.ADP NFP (usd)
3.crude oil inventories
NFP trading room akan dibuka pada hari jumaat, sesiapa yang berminat sila hubungi Albar ataupun Ahmad Faizal untuk mendapatkan access.

usd-index-2-dec-09.gif

euro-index-2-dec-09.gif

eurusd-2-dec-09.gif

gbpusd-2-dec-09.gif

gbpjpy-2-dec-09.gif

usdjpy-2-dec-09.gif

nzdusd-2-dec-09.gif

audusd-2-dec-09.gif

sentiment-bar-2dec-09.gif
 
3 Dec 2009
Fundamental analisis ‘post mortem’
Sentimen saham US agak bercampur-campur semalam disebabkan oleh data ekonomi yang bercampur-campur dan penurunan harga komoditi pada pertengahan sessi dagangan.Akan tetapi, ‘Beige book’ telah membincangkan tentang keadaan ekonomi US dan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi US telah beransur pulih pada kadar yang gradual.
BOfA (bank of america) juga dilapurkan akan membayar semula wang bantuan ‘bailout’ atas sebab keadaan ekonomi yang semakin pulih membantu ‘liquidity’. BOJ juga dilapur kan akan melakukan ‘quantitavive easing’ demi untuk menurunkan nilai yen untuk memulihkan ekonomi dan ekspot Jepun.
Sentimen untuk hari ini ialah ‘bull’ dan sentimen keseluruhan masih ‘bull’.
Kebanjiran data-data ekonmi yang penting pada hari ini mungkin akan menyebabkan maket agak ‘volataile’, dapatkan harga yang sesuai untuk meletak pos ‘buy deep’.
usd-index-3-dec-09.gif

euro-index-3-dec-09.gif

eurusd-3-dec-09.gif

gbpusd-3-dec-09.gif

gbpjpy-3-dec-09.

usdjpy-3-dec-09.gif

nzdusd-3-dec-09.gif

audusd-3-dec-09.gif

sentiment-bar-indicator-3-dec-09.gif


NFP trading room akan dibuka pada hari jumaat, sesiapa yang berminat sila hubungi Albar ataupun Ahmad Faizal untuk mendapatkan access.
 
4 Dec 2009
Fundamental analisis ‘post mortem’
Kejatuhan sentimen saham US semalam telah disebabkan oleh beberapa sebab:
1.Data ekonomi ISM services yang menunjukkan kemerosotan drastik.
2.Kejatuhan harga komoditi.
3.Keraguan perbadanan undang-undang US yang mempersoalkan peranan Fed dalam menangani masaalah resessi US yang mana Ben Bernanke telah menghadiri sessi soal jawab Fed dengan perbadanan undang-undang US untuk mempertahankan Fed.
Ketiga-tiga faktor ini telah menjadi penyebab kepada kejatuhan Wall Street semalaman walaupun data-data ekonomi US yang lain menunjukkan kenaikan.
Sementara itu , ECB telah mengambil keputusan untuk tidak mengubah kadar faedah semalamannya dgn mengatakan pihak ECB akan menarik balik ‘emergency spending’ dan Jepun pula mungkin akan melakukan ‘intervention’ untuk melemahkan nilai yen untuk mengukuhkan nilai ekspot negara tersebut.
Sentimen untuk hari ini dijangka mungkin akan ‘consolidate’ kerana pelabur akan mengambil langkah ‘wait and see’ sementara menunggu keputusan data ekonomi NFP dari US.Sentimen keseluruhan masih ‘bull’.
usd-index-4-dec-09.gif

euro-index-4-dec-09.gif

eurusd-4-dec-09.gif

gbpusd-4-dec-09.gif

gbpjpy-4-dec-09.gif

usdjpy-4-dec-09.gif

nzdusd-4-dec-09.gif

audusd-4-dec-09.gif

sentiment-bar-indicator-4-dec-09.gif

NFP trading room akan dibuka pada hari jumaat, sesiapa yang berminat sila hubungi Albar ataupun Ahmad Faizal untuk mendapatkan access.
 
4 Dec 2009

NFP trading room akan dibuka pada hari jumaat, sesiapa yang berminat sila hubungi Albar ataupun Ahmad Faizal untuk mendapatkan access.

saya berminat ngn room yang bawah ni..bagaimana saya nk contact ye??:-?
 
7 Dec 2009
Fundamental analisis ‘post mortem’
Data NFP dan ‘ Unemployment rate’ yang drastik telah membuktikan bahawa harapan untuk pemulihan ekonomi US dan sedunia semakin cerah.Keadaan ini telah menyebabkan pelabur membuat spekulasi bahawa US akan menaikkan kadar faedah semalamannya dalam masa yang terdekat.Spekulasi ini telah menyebabkan nilai USD melonjak.
Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa pada hakikatnya kadar faedah untuk USD adalah antara yang terendah sekali didunia.Maka, sentimen pelabur yang bagus akan masih menekan nilai USD untuk turun disebabkan oleh kesan ‘risk sentimen’.
Sentimen untuk hari ini ialah ‘bull’ manakala sentimen keseluruhan masih ‘bull’.
Data-data ekonomi yang perlu diberikan perhatian ialah ‘Halifax PMI’ (gbp), ucapan dari presiden Trichet(ECB) dan ‘Sentix Investor Confidence’(eur).
usd-index-7-nov-09.gif

euro-index-7-dec-09.gif

eurusd-7-dec-09.gif

gbpusd-7-dec-09.gif

gbpjpy-7-dec-09.gif

usdjpy-7-dec-09.gif

nzdusd-7-dec-09.gif

audusd-7-dec-09.gif
 
Last edited:
8 Dec 2009
Fundamental analisis ‘post mortem’
Sentimen spekulasi yang menyatakan bahawa US akan menaikkan kadar feadah semalamannya telah dihadkan dgn ucapan Ben bernanke yang dilapurkan menyatakan bahawa ekonomi US masih berada di tahap yang rapuh dan kadar faedah yang rendah akan dikekalkan buat sementara waktu pada jangkamasa yang agak lama.ucapan Bernanke ini telah menyebabkan dollar lemah.
Sementara itu,Trichet pula dilapurkan berkata walaupun ekonomi sudah beransur pulih pada kadar yang agak perlahan, ‘exit strategy’ yang sesuai diperlukan untuk keluar dari resessi.
Sentimen ‘profit taking’ dan saki-baki sentimen spekulasi dijangka akan menganggu perjalanan ‘bull’ market.Tambahan pula, kebanjiran data-data ekonomi hari ini mungkin akan menyebabkan pelabur masih tertanya-tanya ke mana arah market.Sentimen keseluruhan masih ‘bull’,dapatkan harga yang sesuai untuk meletak order ‘buy dip’.
usd-index-8-dec-09.gif

euro-index-8-dec-09.gif

eurusd-8-dec-09.gif

gbpusd-8-dec-09.gif

gbpjpy-8-dec-09.gif

usdjpy-8-dec-09.gif

nzdusd-8-dec-09.gif

audusd-8-dec-09.gif
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14480
USD / JPY
157.498
GBP / USD
1.33428
USD / CHF
0.82121
USD / CAD
1.40681
EUR / JPY
180.211
AUD / USD
0.71161
Back
Top
Log in Register