fxliner
Tickmill Official, Introducing Broker
- Messages
- 194
- Joined
- Oct 16, 2018
- Messages
- 194
- Reaction score
- 3
- Points
- 20
Kenapa menjadi seorang pedagang Forex?
Ada banyak sebab untuk anda cuba perdagangan Forex. Sebahagiannya kami senaraikan di bawah.
Anda boleh mendapat pulangan yang sangat jauh lebih besar dari deposit permulaan anda.
Anda tidak perlukan jumlah wang yang besar. Malah anda boleh mulakan dengan hanya 1 USD.
Anda akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kewangan.
Anda akan mempunyai perniagaann anda sendiri dan hanya bergantung kepada diri sendiri.
Anda bebas menguruskan masa anda sebagaimana yang anda mahu.
Berapa banyak wang yang boleh dibuat dengan berdagang Forex?
Berapa banyak wang, yang sebenar-benarnya, boleh dibuat dengan berdagang Forex? Ada banyak laman web yang mendakwa mereka mampu menggandakan wang mereka dua kali atau tiga kali lipat setiap bulan. Bagaimana pun, secara praktisnya para pedagang professional membuat pulangan 20-80 peratus sebulan, jadi pulangan 20-30 peratus adalah jangkaan yang lebih realistik dan juga yang munasabah. Ingatlah bahawa perdagangan matawang adalah seperti instrumen pelaburan lain, dan mempunyai jangkaan pendapatan realistik lebih menjamin kejayaan berbanding berfikir bahawa anda boleh kaya cepat dengan pelaburan hanya $50.
Apakah risiko-risikonya?
Sila ingat bahawa berdagang Forex sangat berisiko. Forex harus didagangkan dengan modal berisiko. Dalam lain perkataan, berdaganglah dengan wang yang anda mampu bakar.
Dalam masa yang sama, tidak perlu untuk takut dengan risiko. Sebagai pedagang, anda perlu membil risiko yang munasabah, yang diatasi oleh potensi ganjaran, dan melakukan usaha-usaha untuk mengurangkan risiko. Anda akan menemui maklumat-maklumat mengenai pengurusan risiko di seksyen selanjutnya.
Mengira keuntungan
Jika anda memasuki posisi long pada 1.0500 dan harga bergerak lebih tinggi menjadi 1.0550, itu bererti anda sudah meraih 50 pip. Tahniah! Anda sudah membuat sejumlah wang. OK, mungkin anda tertanya-tanya, "Tapi berapa banyak?". Soalan yang bagus! Mari kita kira keuntungan anda.
Ada formula yang ringkas untuk ini: 1 pip di dalam bentuk angka perpuluhan / kadar tukaran bagi matawang sebutharga kepada Dollar AS = nilai per pip. Di dalam kes kita: 0.0001/ 1.0550 = 0.00009478 USD (dibundarkan). Ini bermakna anda akan mendapat jumlah ini bagi setiap pip dari perdagangan yang menguntungkan. Seperti yang anda dapat lihat, ia bukanlah jumlah wang yang besar. Itu adalah kerana ia adalah nilai pip bagi seunit, manakala para pedagang pula beroperasi dengan jumlah unit yang lebih besar – yang dipanggil lot.
Last edited: