BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forensik dianggap ilmu hitam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BAGHDAD - Ketika sains forensik masih dianggap 'ilmu hitam' oleh kebanyakan anggota polis Iraq, saintis-saintis negara itu pula berusaha menajamkan kemahiran menganalisis data daripada lokasi jenayah bagi membendung serangan keganasan termasuk pengeboman besar-besaran di Baghdad.

Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya menyediakan petugas forensik bagi membantu pasukan penyiasat Iraq selepas dua serangan pengebom berani mati berlaku di pusat bandar Baghdad kelmarin yang membunuh kira-kira 155 orang.

"Kami masih perlu membuat penerangan mengenai pentingnya untuk mencari bukti biologi kepada pasukan penyiasat dan hakim," kata seorang pegawai Unit Siasatan Lokasi Jenayah (CSI) di Baghdad, Raed Adnan.

"Saya akan gembira apabila bukti forensik sedia diterima oleh mereka kerana tiada seorang individu yang memiliki polar genetik sama.

"Namun, mereka tidak yakin dan menyatakan bahawa bukti forensik merupakan ilmu hitam," tambahnya.

Makmal-makmal CSI baru yang terletak di kompleks akademi polis di Baghdad dilengkapi teknologi tercanggih untuk memeriksa asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, bahan letupan, senjata api dan wang palsu.

Matlamat penubuhan makmal itu adalah untuk membina bank DNA berdasarkan sampel darah, air liur dan lain-lain di samping mengumpul bukti melalui kaedah saintifik dan tidak bergantung kepada pengakuan suspek seperti yang berlaku sekarang.

Seorang lagi pegawai CSI Iraq, Leftenan Ali Hassan memberitahu, mereka memerlukan masa di antara empat hingga lima tahun lagi bagi memperoleh kemahiran bagi menjejaki negara pembekal bahan letupan yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan keganasan.

- AFP
 
nmpknye sasaran GW utk "bomb iraq back to stone age" dah mula nmpk dah kesannya.
smpikn benda mcm ni pon dianggap ilmu hitam....
 
bengap punya polis
 
Back
Top
Log in Register