Fon Kepala Logitech G733 Lightspeed Wireless Akan Tiba - RM699

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,899
Reaction score
3,579
Points
236
Apabila bercakap mengenai aksesori komputer untuk tujuan produktiviti ataupun riadah, Logitech adalah salah satu daripada jenama yang cukup dikenali oleh orang ramai. Logitech Malaysia hari ini mengumumkan bahawa salah satu daripada fon kepala gaming mereka, iaitu Logitech G733 Lightspeed Wireless akan memasuki pasaran tempatan pada bulan ini.

Seperti yang tertera pada nama fon kepala ini, G733 Lightspeed Wireless ini ialah sebuah fon kepala gaming nirwayar yang memberikan kebebasan yang tidak setaraf dengan fon-fon kepala gaming lain yang masih perlu disambungkan ke komputer menggunakan kabel.

Fon kepala ini menggunakan driver 6mm yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan audio pelbagai-arah yang sangat membantu pengguna apabila mereka memainkan permainan-permainan tertentu seperti permainan FPS.

Fon kepala G733 Lightspeed Wireless ini juga hadir dengan butang kawalan yang membolehkan pengguna untuk menatal tetapan audio, dan juga mikrofon yang boleh ditanggalkan. Logitech juga mengatakan bahawa dengan satu pengecasan penuh, G733 Lightspeed Wireless ini boleh digunakan selama 29 jam secara berterusan.

Apa yang membuatkan G733 Lightspeed Wireless ini disukai ramai ialah rekaannya yang cukup futuristik. Selain daripada beratnya yang ringan pada 284g sahaja, fon kepala ini hadir dengan sistem pencahayaan RGBnya tersendiri.

Mereka yang gemar menstrim diri dan sesi permainan mereka di atas talian pastinya akan teruja dengan fon kepala ini. Dari segi pilihan warna, pengguna akan dapat memilih model berwarna hitam dan putih tidak lama lagi.

Logitech Malaysia hanya memberikan tarikh umum mengenai bilakah fon kepala ini akan dilancarkan, iaitu sekitar bulan September ini, dimana ia akan dijual pada harga RM699.

Logitech-G733-Controls-950x921.jpg


Logitech-G733-Battery-950x914.jpg
 
Top
Log in Register