BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Foldimate, robot melipat baju

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
http://www.youtube.com/watch?v=QztsrEfenf8
34DCA11C00000578-3622491-image-a-34_1464893964544.jpg

Robot untuk melipat pakaian dikenali sebagai FoldiMate telah menerima 11,000 tempahan awal. - Agensi

NEW YORK 6 Jun - Sebuah robot melipat pakaian dikenali sebagai FoldiMate yang hanya akan dipasarkan dua tahun lagi, dilapor telah pun menerima tempahan awal daripada lebih 11,000 pengguna.

Robot ciptaan syarikat Amerika Syarikat yang turut dinamakan FoldiMate itu, berharga antara 490 pound (RM2,899) sehingga 600 pound (RM3,550) seunit.

Iklan tentang kehebatannya telah disiarkan sejak 2014, namun hanya viral baru-baru ini.

Firma FoldiMate mengeluarkan robot setinggi satu meter dan berbentuk segi empat itu mengambil kira kerja-kerja melipat kain yang memerlukan lebih masa terutama dalam kalangan suri rumah dan wanita bekerjaya.

Bukan sekadar mampu melihat kain, mesin tersebut juga boleh berfungsi sebagai seterika wap yang akan melicinkan kedutan pada pakaian.

Menurut laporan laman web mirror.co.uk, pengguna hanya perlu menggantung antara 10 hingga 20 helai pakaian dalam satu-satu masa pada penyepit di bahagian depan robot itu yang kemudian akan menarik pakaian ke dalam badan mesin berkenaan.

Beberapa panel dalam badan robot itu akan melakukan kerja-kerja melipat dan menggosok kedutan pada pakaian dalam tempoh hanya 10 saat.

Pakaian yang telah berlipat kemas itu kemudian akan dikeluarkan daripada badan robot melalui ruang khas.

Namun FoldiMate tidak boleh melipat semua jenis kain antaranya pakaian dalam atau fabrik yang lebar seperti cadar.

Bagaimanapun FoldiMate bukanlah mesin melipat pakaian yang pertama di dunia kerana sebuah syarikat di Jepun telah pun mengeluarkan mesin seumpamanya dikenali sebagai The Laundroid pada Oktober tahun lalu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...engan-foldimate-1.339478#sthash.NyQzsirW.dpuf
 
harga pun tak la mahal sangat, dorang gaji besar
 
Ok jugak ni.. lipat baju ni mmg masalah turun temurun keluarga.
 
dah start ade kt m'sia ni nnt berebut2 le orang2 rumah beli...
termasuk le bini aku skali :))
 
Back
Top
Log in Register