BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fokus pusat beli belah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Hidayah (dua, kiri) bersama pekerja butiknya melayan pelanggan pada Hari Fukubukuro di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, semalam.


NURHIDHAS Sdn Bhd (Nurhidhas) komited mengembangkan jenama kasut buatan tangannya, Cipela ke pasaran tempatan dan luar negara.

Pengarah Urusannya, Hidayah Hassan berkata, ia bertujuan membolehkannya memasuki rangkaian pusat beli belah terkenal dalam negara tahun depan.

“Buat masa ini kasut Cipela hanya di Isetan Kuala Lumpur ketika musim promosi jualan memandangkan jenama kami masih baharu.

“Saya juga sedang berusaha mendapatkan ruang tetap di Isetan Kuala Lumpur dan beberapa pusat beli-belah lain dalam negara,” katanya selepas merasmikan Hari Fukubukuro oleh Nurhidhas di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, syarikat sasar peningkatan jualan kasut Cipela meningkat 20 peratus bagi 2015 berbanding 2014.

“Ini kerana kami telah pindah ke bengkel baharu di Serdang dan menambah baik mesin pembuatan kasut dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran. Sebelum ini kami boleh hasilkan 200 ke 300 pasang kasut sebulan, tetapi kini kami mampu mengeluarkan kasut sehingga 700 pasang sebulan bergantung kepada saiz dan rekaan,” katanya.

Sementara itu, Hari Fukubukuro yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam negara oleh Nurhidhas mendapat sambutan mengalakkan dengan orang ramai memenuhi butiknya sejak jam 10 pagi.

“Fukubukuro terkenal di Jepun dan ia diadakan bagi menyambut kedatangan tahun baharu denganbarangan yang dijual jauh lebih murah berbanding harga sebenarnya mengikut harga beg yang ditawarkan.

“Kami akan menjadikan Hari Fukubukuro sebagai acara tahunan dalam menghargai pelanggan setia kami,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register