Saya sudah menonton The Flash bagi habis satu musim, The flash tipu Saya dalam episod 17 mengenai trickster kotak isi bom ikat dengan payung terjun, waktu Barry Allen dan Inspektor Joe melawat seorang banduan namanya sudah lupa Jameskah atau siapa, menunjukkan banduan itu tengah bising dan kecewa dalam keadaan yang gelap, saya cam suara dia memang dia The Joker sebab dalam Batman anime memang suara Joker satu biji seiras dengan banduan nama James. Akhirnya buat saya kecewa bukan The Joker rupa-rupanya alih suara The Joker dalam batman animated siri. Dia pernah berlakon jadi watak Luke Skywalker anak kepada Anakin Skywalker Darth Vader dalam Starwars namanya Mark Hamill.
Dalam episod 18 Barry Allen the flash Beli Pizza sambil berlumba nak pulang ke Central City melalui Coast City the Ferris Airport. Tahu tak Coast City itu tempat siapa, sebenarnya Coast City itu adalah tempat Hal Jordan The Green Lantern, Superman pula Metropolitan City, Green Arrow Starling City. Setiap hero ada bandar masing-masing.
Episod 22 the flash, Waktu The flash bersama geng dia termasuk penjahat nama Snart captain Cold hendak mengiringkan sebuah lori muatan manusia meta human hendak sampai ke lapangan terbang, sebelum itu Barry Allen pernah bincang dengan Inspektor Joe nak hantar metahuman ke sebuah pulau dengan bantuan Oliver Queen dan Lian Yu, pertama kali kena hantar ke Ferris Air. Barry Allen yang cakap dengan Inspektor Joe tentang hal itu, Maknanya Barry Allen sudah rancang hal ini dengan Oliver Queen lihatlah 3 negeri 3 hero itu duduk dengan sempadan seperti Parit Buntar Perak, Bandar Baharu Kedah dan Nibong Tebal Pulau Pinang, maknanya Central City dan Starling City adalah berdekatan ambil masa lebih kurang 35 minit pun sampai, waktu kapal terbang sedang landing tiba-tiba meletup waktu itu saya fikir semula pernah menonton The arrow episod 22 Ras Al-Ghul bersama Nysa dan Maseo dalam kapal terbang hendak landing tiba-tiba meletup. Dalam imaginasi saya sudah dapat tangkap dalam The Flash episod 22 hampir sama dengan The Arrow. Ini menunjukkan The Arrow musim kemepat dan The Flash musim kedua memang peluang yang banyak menunjukkan watak Hal Jordan The Green Lantern dan the arrow tentang John Diggle pula.
Tv siri The flash ni memang berbaloi untuk kita menonton sebab tv siri bermusim ini boleh bandingkan dengan filem komersial berciri sains fiction yang lain, kerana efek cgi yang cukup hebat hampir sama dengan filem tayangan dalam pawagam. Dari segi kos dan teknologi cgi ini Warner Bros DC yang keluar modal.
Sound sistem dia memang hebat kalau anda guna Surround Amplifier berjenama Yamaha, main loud speaker guna jenama KEF, surround speaker termasuk built in subwoofer guna jenama Bose, main cable loudspeaker guna jenama furukawa kesemua ini bunyi memang sedap. Waktu The flash masuk dalam longkang bawah tanah cari Grodds sebiji demi sebiji air sedang menitis dengar dengan jelas termasuk bunyi panahan The arrow.