BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

flash vs arrow

Ras Al ghul bole hidup lama sebab dekat nanda parbat ada Lazarus Pit (Fountain of Youth) kan?

Saya sudah tak ingat pasal Lazarus Pit
Ya memang sumber air bawah tanah yang suci
Kisah Lazarus pit siap dengan pembinaan telaga itu pun tak cerita kewujudan
Dia dalam komik.

Saya memberi sedikit teori dan konspirasi melalui idea yang saya ada:

Banyak laluan rahsia ke tempat persembunyian Ras Al-Ghul.

Batman dalam kisah The dark knight menunjukkan tempat nanda prabat itu seoalah-olah di Himalaya tempat Bersalji, bagi saya itu hanya pos pusat pengawalan.

Ketiga-tiga filem dark knight tidak menunjukkan batman pergi ke kem pusat pengawalan rahsia ras al ghul nanda prabat yang ada Lazarus pit, mungkin sudah tunjuk dalam tv siri The arrow.

Banyak terowong rahsia hendak pergi ke pusat ras al ghul The Lazarus pit, Banyak dengan booby trap, sesiapa pun tak tahu, kalau nak masuk pun kena mengatasi perangkap maut.

Mungkin waktu The arrow sudah ada dalam kem rahsia persembunyian nanda prabat ini adalah kes culik, menyarung kepala Oliver Queen dengan sarung hitam supaya dia tak boleh cam jalan menuju ke lokasi Lazarus pit.

Sebab saya sendiri tak ikut perkembangan ketiga-tiga musim tv siri The arrow.

Memang air sumber dari telaga Lazarus ini boleh bagi sesiapa hidup kekal abadi.

Nak tahu dalam sangat teori konspirasi dalam cerita DC ni memang pelik, sebab pusing sana pusing sini pereka cerita pun orang yang berbeza. Susah sedikit bab ini.

Waktu Bruce Wayne hidup kembali dari kematian dia sudah jadi watak jahat.

Masa hidup semangat kembali ketua Black Lantern hendak menakluki bumi, Black Lantern pun pergi ke bumi dia rasa perlukan bantuan dari orang bumi.

Ketua itu pun turun ke bumi cari orang yang layak ikut dia, dia pergi ke kubur Bruce Wayne hidupkan dia melalui cincin hitam. Waktu Bruce Wayne hidup sebagai zombie yang jahat termasuk semua jasad perkuburan itu.

Waktu itulah Team ras al ghul The league of assassin, team justice league dan young justice bergabung dan lawan Black Lantern, akhirnya dengan bantuan Green lantern dapat rampas kembali cincin hitam.
Dalam kisah the blackest night.
 
Last edited:
Merepek r citer Green Arrow ni. Last2 Ras Al Ghul mati di tgn Oliver Queen...bukannya di tgn Deathstroke.

Malcolm Merlyn jd new Ras Al Ghul. Patutnya Bruce Wayne n Deathstroke pernah diangkat sbg pengganti Ras Al Ghul.

Dlm citer ada gak sebut pasal Damien...tp rasanya bukan the same Damien cucu Ras Al Ghul @ new Robin.

Memang pelik sebab pereka cerita lain-lain, versi pun lain-lain itulah buat kacau bilau, sebab DC ni memang adil terima sesiapa sahaja ahli DC yang menyumbang cerita bernas tidak pilih bulu untuk kepentingan kroni.

Warner Bros pun sudah ambil syarikat DC, nak tak nak
Kalau nak buat filem watak jahat terpaksa
Mati itulah menunjuk keganasan, syarat dari syarikat Warner Bros. Sebelum itu semua watak jahat dalam kisah DC
Tak pernah mati, hanya lawan kalah masuk penjara atau cabut lari.

Tv siri bermusim arrow kalau ada penjahat mati, walaupun syarikat penerbitan yang lain terpaksa ikut syarat dari DC kalau tidak syarikat Warner Bros akan banyak soal. Kira-kira kawalan selia dari pihak WB.
Lihatlah man of Steel dalam sepanjang hidup saya tak biasa lagi Superman bunuh orang, kali ini sahaja Superman bunuh jeneral Zod. Diikuti pula Batman dark knight rises Bane mati kena tembakan roket dari motor Batman.
 
Last edited:
Buat bandingan diantara cerita termasuk superhero dalam Marvel dan DC, Marvel terlampau batasan over sangat, boleh dikatakan setiap hero tak boleh mati yang mati hanya ibubapa hero contohnya ibubapa dan Uncle Ben dalam kisah spiderman dan Punisher anak bini mati.

Semua watak hero Marvel tak pernah cedera parah hanya cedera ringan sahaja dan tak pernah tua, kuasa pula boleh dikatakan seperti kuasa tuhan, tak boleh kalah dan tak akan letih saya ambil contohnya The Hulk. The Hulk mana boleh letih semakin cedera dekat badan akan jadi semakin kuat.
Hero dalam Marvel saya pilih yang paling tak popular punya iaitu Elektra lagipun dia bukan seorang hero yang kuat sebab itu Marvel tak angkatkan dia jadi terkenal.

DC hero yang mati adalah Damian Wayne the Robin sebab kena saiko oleh Joker lepastu kurungkan dia dalam gudang akhirnya gudang itu meletup, Batman tak sempat nak selamatkan dia.

Casandra the Bat Girl jadi lumpuh Waktu Joker pergi ke rumah, Casandra buka pintu tiba-tiba Joker tuju pistol didepan dia tak sempat elak akhirnya tembakan Joker terkena pinggang atau paha Casandra(lupa kisah kecederaan dia).

Green Arrow tangan kanan putus sebab lawan dengan deathstroke.

Kelemahan Superman adalah batu krypton, sekurang-kurangnya ada kelemahan hampir nak mati lawan dengan doomsday makhluk kryton.

Waktu Amerika nak melancarkan bom nuklear nak letupkan Rusia, Batman nak hentikan perbuatan jahat kerajaan akhirnya kerajaan minta bantuan Superman hentikan perbuatan Batman waktu itu Batman sudah tua. Awal lagi batman sudah tahu akan terjadi perkara yang sangat sukar untuk lalui kerana bantuan dari Superman, Batman pula cipta satu suit armor besi dapat lawan dengan superman, dia pun buat satu perancangan macamana nak halangkan Superman, dia minta tolong dekat Green Arrow supaya meghalangkan superman guna serbuk kripton dengan tembakkan panah waktu itu Green Arrow dan Batman dah tua, Green Arrow pula kidung hanya guna tangan kiri sahaja.

The Blade pula kelemahannya adalah cahaya matahari.

Watak Robin ada dua orang Robin pertama sudah mati dan ada penganti orang lain jadi Robin tetapi tak tahan lama dia minta kebenaran dari Batman untuk mengundurkan diri dan pergi ke tempat lain, di tempat itu dia jadi watak Night Wing akhirnya kembali juga bantu Batman.
Itupun sedikit kisah Nightwing.

Watak hero DC yang lain saya tak minat.

Pergh bro ni serba tau pasal komik ni...
 
simon goh ni mesti komik penuh 1 bilik ni

yup kat nanda parbat ada tempat bersalji.kena panjat pergunungan.kat situ la oliver vs ras al ghul. arrow mmg couple dgn black canary ke dlm komik?
 
simon goh ni mesti komik penuh 1 bilik ni

yup kat nanda parbat ada tempat bersalji.kena panjat pergunungan.kat situ la oliver vs ras al ghul. arrow mmg couple dgn black canary ke dlm komik?

Saya bersetuju dengan sumbangan idea awak walaupun saya tidak ikut perkembangan tv siri bermusim The arrow.

Memang sah dalam dark knight pun nanda prabat Bersalji diikuti the arrow.

Jadi soalan teori dan konspirasi untuk kita,

Batman sudah tahu dimana lokasi nanda prabat diikuti pula Oliver Queen lepastu diikuti pula berry Allen, firestorm, supergirl, the amazon, Nightwing dan Superman sebab beberapa watak ini sudah muncul dalam tv siri?

Bruce Wayne pun orang yang bijak, mesti ikut perkembangan semasa setiap hero menentang kejahatan takkan Bruce Wayne tak cari mereka semua untuk buat satu pertemuan menentang ras al ghul.

Dalam animated justice league lama dalam tv3 sudah berhenti menerbit ke siaran tv pada tahun 2006, Black Canary adalah kekasih Oliver Queen. Waktu batman bawa the arrow
Masuk ke watchtower untuk menyertai jadi ahli Justice League di situ
Green arrow sudah nampak Black Canary.
Disitu mula menjalin hubungan intim.
Sambung seterusnya tv siri The arrow
Yang ada sekarang ini.

Komik memang tiadalah cuma minat secara mendalam nak ambil tahu, dua tiga orang kawan saya memang
Minat cerita DC sebab banyak clue konspirasi dan teori untuk kita cari. Tanya yang lain semua minat pada Marvel tak boleh nak kata apa. Itu semua disebabkan spiderman tobey McGuire dengan sokongan graphic cgi dan Green screen, tarik minat hati orang.
 
Last edited:
2016 Dc akan release Legends of Tomorrow.watak yg ada the atom,white canary,firestorm,captain cold
 
episod last the flash,terjadi black hole..byk benda kena sedut..bersambung di season 2. tunggu bulan 10 ni.huhu
 
Back
Top
Log in Register