BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

flash vs arrow

Semua watak hero dalam DC, saya paling minat adalah The Joker, tahap main saikologi dia tinggi, sampai anak Bruce Wayne iaitu Damian Wayne the Robin mati, Casandra the Bat Girl Jadi lumpuh, isteri dan anak Clark Kent mati dalam game Injustice God Among us, Harley Quinn asal seorang doktor pun jadi anak buah Joker, Cat Women mati pun sebab Joker bab ini sudah lupa tak berapa ingat.

Akhirnya Joker mati sebab bunuh diri, dia berjaya buat Batman marah sehingga nak bunuh Joker akhirnya tak jadi bunuh, itulah kejayaan saikologi Joker.
 
Last edited:
legends of tomorrow x masuk dlm justice league..DC pn dah nk ikut marvel skrg, nak combine superhero2 diorang :)

Buat bandingan diantara cerita termasuk superhero dalam Marvel dan DC, Marvel terlampau batasan over sangat, boleh dikatakan setiap hero tak boleh mati yang mati hanya ibubapa hero contohnya ibubapa dan Uncle Ben dalam kisah spiderman dan Punisher anak bini mati.

Semua watak hero Marvel tak pernah cedera parah hanya cedera ringan sahaja dan tak pernah tua, kuasa pula boleh dikatakan seperti kuasa tuhan, tak boleh kalah dan tak akan letih saya ambil contohnya The Hulk. The Hulk mana boleh letih semakin cedera dekat badan akan jadi semakin kuat.
Hero dalam Marvel saya pilih yang paling tak popular punya iaitu Elektra lagipun dia bukan seorang hero yang kuat sebab itu Marvel tak angkatkan dia jadi terkenal.

DC hero yang mati adalah Damian Wayne the Robin sebab kena saiko oleh Joker lepastu kurungkan dia dalam gudang akhirnya gudang itu meletup, Batman tak sempat nak selamatkan dia.

Casandra the Bat Girl jadi lumpuh Waktu Joker pergi ke rumah, Casandra buka pintu tiba-tiba Joker tuju pistol didepan dia tak sempat elak akhirnya tembakan Joker terkena pinggang atau paha Casandra(lupa kisah kecederaan dia).

Green Arrow tangan kanan putus sebab lawan dengan deathstroke.

Kelemahan Superman adalah batu krypton, sekurang-kurangnya ada kelemahan hampir nak mati lawan dengan doomsday makhluk kryton.

Waktu Amerika nak melancarkan bom nuklear nak letupkan Rusia, Batman nak hentikan perbuatan jahat kerajaan akhirnya kerajaan minta bantuan Superman hentikan perbuatan Batman waktu itu Batman sudah tua. Awal lagi batman sudah tahu akan terjadi perkara yang sangat sukar untuk lalui kerana bantuan dari Superman, Batman pula cipta satu suit armor besi dapat lawan dengan superman, dia pun buat satu perancangan macamana nak halangkan Superman, dia minta tolong dekat Green Arrow supaya meghalangkan superman guna serbuk kripton dengan tembakkan panah waktu itu Green Arrow dan Batman dah tua, Green Arrow pula kidung hanya guna tangan kiri sahaja.

The Blade pula kelemahannya adalah cahaya matahari.

Watak Robin ada dua orang Robin pertama sudah mati dan ada penganti orang lain jadi Robin tetapi tak tahan lama dia minta kebenaran dari Batman untuk mengundurkan diri dan pergi ke tempat lain, di tempat itu dia jadi watak Night Wing akhirnya kembali juga bantu Batman.
Itupun sedikit kisah Nightwing.

Watak hero DC yang lain saya tak minat.
 
Last edited:
Pehh berbelit2 jgk cita dia.. Xsngka depa2 ni rupanya idup dlm dunia sama.. Apa2 pun den suke tgok spupu clark kent tu.. Lawa.. Hehe
 
Pehh berbelit2 jgk cita dia.. Xsngka depa2 ni rupanya idup dlm dunia sama.. Apa2 pun den suke tgok spupu clark kent tu.. Lawa.. Hehe

Masa Clark Kent merasa gelombang dan sesuatu tak kena di galaksi, dia pun memantau apa sebenarnya benda itu. Dia pun ikut komet akhirnya jatuh keatas bumi rupa-rupanya pod dari angkasa serupa bangsa dengan dia iaitu Kara, masa Superman jumpa Kara pun usianya sudah tua lebih kurang 40 lebih. Dia membawa Kara masuk jadi ahli Justice League, Wonder women bawa Kara dan ajar dia seni pertahanan diri.

Cerita DC ni lain-lain versi sebab reka cerita ni orang pun lain-lain tak sama, kalau masuk jadi ahli DC pun boleh menyumbang idea cerita kepada syarikatnya, mereka akan menilai dan kaji adakah cerita ahli tu boleh terimakah atau tidak....kalau terima memang Your welcome to the company.

Saya suka DC walaupun dari Amerika, mereka ada buat watak superhero dipanggilkan Red Son dan Red Son ni dari Rusia. Mewatakkan Red Son adalah baik dan Amerika pula ada superhero mereka iaitu memperwatakkan jahat. Maknanya Amerika nak berperang dengan Rusia jadi team Red Son diketuai oleh Red Son Superman lawan dengan Amerika akhirnya Amerika jatuh kalah.
 
Waktu Amerika nak melancarkan bom nuklear nak letupkan Rusia, Batman nak hentikan perbuatan jahat kerajaan akhirnya kerajaan minta bantuan Superman hentikan perbuatan Batman waktu itu Batman sudah tua. Awal lagi batman sudah tahu akan terjadi perkara yang sangat sukar untuk lalui kerana bantuan dari Superman, Batman pula cipta satu suit armor besi dapat lawan dengan superman, dia pun buat satu perancangan macamana nak halangkan Superman, dia minta tolong dekat Green Arrow supaya meghalangkan superman guna serbuk kripton dengan tembakkan panah waktu itu Green Arrow dan Batman dah tua, Green Arrow pula kidung hanya guna tangan kiri sahaja.

bro baca komik dia ke? x sabar nak tgk movie Batman v Superman: Dawn of Justice, tahun dpn.:D
 
bro baca komik dia ke? x sabar nak tgk movie Batman v Superman: Dawn of Justice, tahun dpn.:D
Komik dan movie cerita versi lain pula tak sama macam komik.

Tajuk Arrow ni watak yang di pegang oleh Arrow Oliver Queen kata dalam berita, dia hendak berundur kalau watak Superman masuk sekali dalam tv siri The arrow/Flash. Lepas itu kita lihat macamana pula dengan Hawkgirl.

Batman memang tak lepas dalam The Arrow/Flash yang saya tahu dari segi kos bajet untuk watak Batman memang mahal, sanggup belikah tv siri ni kalau masuk ke pasaran Malaysia. Kisah Smallville tv siri episod pun tergantung di Malaysia henti begitu sahaja.
 
penerangan yg bagus dari simon goh

green arrow ada super power x? aku layan tv series Arrow oliver queen ja. smallville dulu tv3 ambik tapi sampai season berapa ja.skit ja.x habis pun
 
penerangan yg bagus dari simon goh

green arrow ada super power x? aku layan tv series Arrow oliver queen ja. smallville dulu tv3 ambik tapi sampai season berapa ja.skit ja.x habis pun

Kalau awak baca penerangan saya diatas
Oliver Queen memang tiada kuasa ajaib
Cuma ketangkasan dan mental sahaja kuat
Sebab itu dalam cerita sebenar
Deathstroke kalahkan Oliver Queen
Sehingga dia potongkan tangan kanan
Oliver Queen pertempuran kedua-dua pihak.

Black Canary kekasih dia mana ada power
Serupa juga macam oliver queen harap
Mental dan speed sahaja cuma dia dilatihkan oleh Ras Al-Ghul.

(Dalam dunia justice league Batman yang bawa masuk the Arrow menyertai Justice League, kalau dalam Justice League tiada Batman segala perancangan mesti gagal.
Watak paling penting dan watak paling utama bukan Superman iaitu Batman).

Deathstroke pun anak buah Ras Al Ghul.

Ras Al-Ghul lah yang merancangkan segala-gala perbuatan jahat.

Cerita sedikit tentang Ras Al Ghul
Dia mempunyai dua orang anak perempuan.
Dia menghantar anak sulung menyertai misi pertama di Gotham City menggunakan muslihat jahat ambil alih syarikat Wayne Corporation kerana dia tahu dalam syarikat itu ada bom atom boleh meletup satu bandar
Gotham city, akhirnya dia mati dalam lori sedang membawa bom dalam cerita Dark Knight Rises.

Pada masa yang sama Ras Al-Ghul hantar anak perempuan bongsu menolong kumpulan Green Arrow dalam the arrow musim kedua babak terakhir.

Itu sahaja sedikit kisah yang saya tahu.

Smallville berhenti separuh jalan mungkin kos tv siri Smallville naik harga rasa-rasanya waktu kejatuhan mata nilai wang Ringgit Malaysia lagi tiada sponsor harapkan iklan sahaja, Malaysia sentiasa asyik barang naik harga sahajalah.

Saya bagi sedikit latar belakang Ras Al Ghul, dia berusia 500 tahun lebih termasuk kedua orang anak perempuan, hidup dalam zaman knight of templar. Dia memang kebal susah nak mati sekian lama dia ingin menguasai dunia dan hendak semua superhero ikut bawah arahan dia.

Sedikit kelemahan Bruce Wayne Batman yang kita tak tahu, dia adalah manusia biasa
Dia pun boleh makan usia seperti kita
Dia mempunyai masalah lutut dalam cerita Dark Knight Rises, dia ada mengidap sakit jantung sebab masa lawan dengan Superman dia mengesan organ Batman dan Superman suruh dia berhenti jangan buat tindak balas.

Batman mati sebab mati tua dan juga sakit jantung. Orang yang ikut dia semua pecah belah tiada sambungan legasi dia. Orang yang ikut dia lepas itu berundur adalah Nightwing dan Batman beyond.

Ramai juga pekerja bawah syarikat Marvel asalnya dari syarikat DC(detective corner).
 
Last edited:
Cerita DC ni lain-lain versi sebab reka cerita ni orang pun lain-lain tak sama, kalau masuk jadi ahli DC pun boleh menyumbang idea cerita kepada syarikatnya, mereka akan menilai dan kaji adakah cerita ahli tu boleh terimakah atau tidak....kalau terima memang Your welcome to the company.


jadi cerita yg kamu ceritakan dekat sini dari versi mane

yg baru ke atau yg lama

atau mmg cerita asli die mcm tu
 
Back
Top
Log in Register