BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT FK Sarajevo TMJ akedemi

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,848
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,848
Reaction score
2,200
Points
261
Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor (PSJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terus melangkah dengan lebih jauh dalam dunia bola sepak.

FK Sarajevo juga kini beraksi di saingan utama Bosnia dan Herzegovina dan ini peluang untuk bakat-bakat tempatan kita cuba beraksi di sana.

Tahniah!

 

Kelab ternama Bosnia namakan akademi sempena nama TMJ​

3322190.webp

Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.

KELAB bola sepak Bosnia dan Herzegovina, FK Sarajevo menamakan pusat latihan pemain mudanya sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan menyifatkan langkah tersebut menandakan satu detik penting dalam pembangunan antarabangsa kelab itu.

"Kelab Bola Sepak Sarajevo dengan bangganya mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini dinamakan FK Sarajevo – Akademi Bola Sepak Tunku Mahkota Ismail, dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

"Keputusan ini merupakan satu penanda aras penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo, yang mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan dan Ismir Mirvic.

"Dengan kerjasama Tunku Mahkota Ismail, kelab terus komited dalam misi memodenkan serta mengangkat FK Sarajevo ke peringkat global sebagai model kecemerlangan bola sepak di Eropah Tenggara," kata kelab itu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail dilapor bakal menjadi pelabur baharu dalam kelab tersebut bersama Vincent dan Mirvic.
 
Back
Top
Log in Register