soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir
12
ADAKAH kecantikan wanita merupakan fitnah kepada lelaki?
Kecantikan merupakan lumrah bagi seorang wanita. Disebabkan kecantikan juga seseorang lelaki tertarik kepada wanita untuk menjadikannya isteri. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan." (Surah Ali-Imran ayat 14)
Allah SWT mencipta setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita, siang dan malam, langit dan bumi dan sebagainya. Akan tetapi, Allah SWT telah memilih manusia sebagai makhluk yang paling sempurna kerana dikurniakan akal fikiran. Kerana kecantikan juga timbulnya pelbagai fitnah daripada wanita sehingga menyebabkan jatuhnya martabat wanita dalam kehidupan manusia. Fitnah wanita adalah fitnah yang paling besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.
Baginda Nabi SAW bersabda: "Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)