BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Firma Teksi Terbang Lilium Gulung Tikar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,565
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,565
Reaction score
7,740
Points
916
Tujuh tahun lalu Lilium memperlihatkan rekaan teksi terbang Lilium Jet mereka yang ingin mengubah industri pengangkutan awam dunia. Tetapi hujung minggu lalu, Lilium mengumumkan mereka akan menamatkan operasi kerana kehabisan wang. Menurut perancangan asal, Lilium Jet akan memulakan operasi pada tahun 2026. Setiap teksi terbang boleh membawa 6 orang penumpang, terbang pada kelajuan 280 km/j dan jarak operasi sehingga 300 km.

Lilium-Jet-B-950x475.jpg.webp


Rekaan Lilium Jet adalah unik di kalangan teksi terbang yang lain kerana dilengkapi 36 enjin motor elektrik yang dipasang pada sayap yang boleh berputar 90 darjah. Sayap kemudian berputar ke hadapan supaya Lilium Jet boleh terbang mendatar seperti sebuah kapal terbang konvensional. Walaupun beberapa konsep teksi terbang telah diumumkan hampir sedekad lalu, hanya eHang telah memulakan operasi di China dan Volocopter pula di Paris. Beberapa syarikat rintis lain telahpun gulung tikar dengan Lilium menjadi mangsa yang terkini.​
 
konsep drone plg xefisyen

bygkan byk kipas means byk guna energy

tgk je drone- kecik/ ringan je - kejap je dh drain batt

airplane yg byk glide pun mkn minyak, inikan drone yg vertical take off/landing
 
Back
Top
Log in Register