azrulazman
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,844
- Joined
- Feb 11, 2010
- Messages
- 30,844
- Reaction score
- 215
- Points
- 128
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, bersedia untuk terus berkembang melalui rancangan peluasan rangkaian sedia adanya di samping lebih banyak pesawat turboprop bagi menyokong pertumbuhan dalam tempoh jangka sederhana dan panjang.
Dalam satu kenyataan Khamis, Ketua Pegawai Operasi Perjalanan Jarak Dekat Malaysia Airlines dan Firefly, Ignatius Ong berkata penumpang boleh mengharapkan peningkatan dalam kekerapan bagi laluan terpilih pada Mac dan pengumuman laluan baru dalam masa terdekat.
Firefly kini menawarkan perkhidmatan dengan pesawat turboprop dari dua habnya iaitu di Pulau Pinang dan Subang, bagi 18 destinasi di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Tahun lepas, Firefly membawa 1.5 juta penumpang dengan 10 pesawat ATR-72-500.
“Tahun ini, kami menjangka dapat membawa 30 peratus lagi penumpang,” kata Ong.
Pada 2011, Firefly menamatkan operasi khidmat Jetnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang, sebagai sebahagian daripada program perasionalan rangkaian.
“Ingin kami tegaskan di sini bahawa pesawat turboprop aircraft dari hab Subang dan Pulau Pinang ke destinasi domestik dan antarabangsa terus tidak terjejas dan rancangan untuk pertumbuhan berjalan,” katanya. – BERNAMA