BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Finland lantik PM termuda didunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
sannamariin_1575891630.jpg


Sanna Marin. - Foto AFP
HELSINKI: Finland memecah rekod dengan memilih Perdana Menteri termuda di dunia dan seorang wanita, Sanna Marin, 34.

Selain itu, negara terbabit juga akan mempunyai Menteri Kewangan termuda di dunia yang juga wanita, Katri Kulmuni, 32.

Perkembangan luar biasa itu berlaku, selepas satu pergolakan politik berpunca daripada kegagalan kerajaan terdahulu mengendalikan mogok pekerja pos.

Difahamkan, Parti Tengah memaklumkan ia hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri terdahulu daripada parti Sosial Demokrat, Antti Rinne.

Lima parti berkuasa dengan empat daripadanya diketuai wanita mengambil keputusan kekal dalam pakatan dan meneruskan program sama, namun akan berlaku penyusunan kabinet.

“Kami mahu memastikan gabungan perdana menteri dan menteri kewangan berkesan. Ini adalah asas kolaborasi generasi baharu,” kata Kulmuni.

Bagaimanapun, Marin yang juga bekas menteri pengangkutan tidak memberikan sebarang ulasan. Beliau akan mengendalikan mogok yang menjejaskan pengeluaran banyak syarikat terbesar negara itu.

Mengikut unjuran Konfederasi Industri Finland, mogok itu akan menyebabkan kerugian pendapatan berjumlah AS$550 juta (RM2.28 bilion). - Reuters


 
Lima parti berkuasa dengan empat daripadanya diketuai wanita

mmg mak2 pegang negara ni
 
Back
Top
Log in Register