BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Final ke-4 kian hampir

so how? kem china tak payah antar lindan tuk kalahkan LCwei,cukup antar chen long jer..
 
C Wei bagi kem China lebih comfiden....aduh2....
 
mata penamat chen long tadi, aku rasa mcm masuk je smash lcw tu...

linesman plg teruk aku tgk game smlm...cai yun/fu haifeng lawan kkk/tbh...bola kompom2 masuk dia kata out...:))
 
lindan dok ketawa jelah....
C Wei hatinya tak cukup kental....
Pelapis malaysia sapelah yg boleh ganti....
Bersara je C wei memang takde sapelah pasni...
 
berdasarkan prestasi terkini dan tipu helah china tidak syak lagi emas olympik akan jadi milik Lin Dan..itulah kehebatan kem china dia tk peduli apa org nk kata,,penakut ker,,tak profesional ker,, janji emas olympik mesti milik Lin Dan..
 
selagi lcwei tak ubah corak permainan ,selagi tu la xleh pergi jauh. semua player dunia duk kaji style lcwei main. sebagai contoh defend terbang lcwei, mesti angkat letak net jer..10 kali buat org dah boleh tau. lcwei patut kena mantapkan smashing lagik,dimana itu adalah killer lindan.
 
Hajat Chong Wei tak sampai

HAJAT Lee Chong Wei untuk meraih kejuaraan kali ketiga kejohanan badminton Terbuka Jepun dan trofi kejuaraan ketujuh tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain China, Chen Long pada aksi final di Gymnasium Metropolitan, Tokyo, semalam.

Chong Wei yang diramal mampu bergelar juara selepas mudah menyingkirkan pemain Denmark, Peter Gade untuk laluan ke final serta penarikan diri juara Olimpik dan juara dunia Lin Dan yang memberi kemenangan percuma kepada rakan senegaranya Chen Long untuk mara ke final, gagal menepati ramalan apabila tewas dalam pertarungan tiga set yang berlangsung selama sejam 13 minit di kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$200,000 (RM600,000) itu.

Juara bertahan itu tewas kepada Chen Long di set pertama 8-21, sebelum bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-10.

Pada set penentuan, Chong Wei yang juga pilihan utama dan juara pada edisi 2007 berjaya mendahului pilihan keempat kejohanan itu 19-18 pada hujung saingan, namun akhirnya terpaksa akur bahawa Chen Long lebih unggul apabila kecundang tipis 19-21.

Kemenangan semalam hanya kejayaan kali kedua Chen Long menewaskan jaguh negara itu dalam enam pertemuan sesama mereka, yang mana kekalahan tunggal Chong Wei kepada pemain China itu sebelum ini ialah pada pusingan pertama Terbuka India 2009.

Chong Wei, 29, sebelum ini memenangi enam daripada lapan final yang disertainya tahun ini dengan kedua-dua kekalahan yang dialaminya itu adalah kepada Lin Dan yang menewaskannya di Terbuka Korea dan Kejohanan Dunia.

Aksi final semalam menyaksikan China mengungguli empat daripada lima acara yang dipertandingkan apabila mereka turut menjuarai acara perseorangan wanita serta beregu lelaki dan wanita.
Pilihan utama perseorangan wanita, Wang Yihan menewaskan pemain Jerman, Juliane Schenk 21-16, 21-14 untuk memastikan kejuaraan, manakala Bao Yixin-Zhong Xianzin memastikan kejuaraan beregu wanita selepas menewaskan pasangan Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin 13-21, 25-23, 21-12.

Juara bertahan yang juga pilihan pertama beregu lelaki, Cai Yun-Fu Haifeng melengkapkan penguasaan China apabila menewaskan pilihan keempat dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-13, 23-21.

Sementara itu, dalam acara beregu campuran yang menjadi satu-satunya acara final yang tidak membabitkan pemain China, menyaksikan pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing menewaskan pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-19, 16-21, 21-15.
 
selagi lcwei tak ubah corak permainan ,selagi tu la xleh pergi jauh. semua player dunia duk kaji style lcwei main. sebagai contoh defend terbang lcwei, mesti angkat letak net jer..10 kali buat org dah boleh tau. lcwei patut kena mantapkan smashing lagik,dimana itu adalah killer lindan.

setuju kat en janggut...1 lg C.Wei suka slowkan game bila dah leading,padahal kalu dia main semlm lebih attack n net mcm set ke2 dah menang....
yg bt lg aku menyampah kat china ni cara dia menyambut kemengn,mcm tak respect org ...
n secara tak langsung moral C Wei makin jatuh n goyang..
kalu akulah,memang aku repeat balik kat kejohnn lain,pastu aku memang niat nak smash kat muka dia.....
adoiiiiiiiiiiiiiiii aku kecewalah:mad::mad::mad:
 
setuju kat en janggut...1 lg C.Wei suka slowkan game bila dah leading,padahal kalu dia main semlm lebih attack n net mcm set ke2 dah menang....
yg bt lg aku menyampah kat china ni cara dia menyambut kemengn,mcm tak respect org ...
n secara tak langsung moral C Wei makin jatuh n goyang..
kalu akulah,memang aku repeat balik kat kejohnn lain,pastu aku memang niat nak smash kat muka dia.....
adoiiiiiiiiiiiiiiii aku kecewalah:mad::mad::mad:

nk wat cam na pemain mesia ni mmg beradap sopan
 
Back
Top
Log in Register