BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Filem Raya Tak Jadi

playermmc

Active+ Member
Messages
3,014
Joined
Sep 23, 2009
Messages
3,014
Reaction score
74
Points
40
http://www.youtube.com/watch?v=rPh8LFkvdeE

Filem Raya Tak Jadi bakal ditayangkan pada 22 September 2011 ini dengan durasi masa selama 93 minit. Filem Raya Tak Jadi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.) Jom layan Sinopsis dan Trailer Filem Raya Tak Jadi
Sinopsis Raya Tak Jadi
Filem Raya Tak Jadi ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib(Saiful Apek) iaitu seorang pemandu teksi.
Shuib (Saiful Apek) mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan Raja Lawak). Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi. Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

tu dia filem Razak Mohaiden anda mau tgk ka?hehe
 
jalan cerita semua TT dah cerita kat sini......tak perlu tengok laaa...
 
tt dah bagi spoiled. tunggu raya tahun depan je la tgk kat tv..:))
 
raya dah lepas, mcm mana x jadi?
 
Pengarah mcm ni mmg tak hingin aku nak tengok... wakakakaka....
 
mmg xkn meletupla cte ni..15hb raya dh kira abis daa

hantu bonceng tu pn sbb xde saingan cte tu meletup..xde choice nk tgk cte ape
 
haha.. kalau ada org ajak aku
tgk free aku ok je he
 
tak jadi la tengok raya tak jadi
 
Back
Top
Log in Register