Dlm filem tu tak silap aku watak jahat ni digambarkan seolah2 mcm israel la.
tp sebenarnya simbol tu bukan milik mutlak Israel,
simbol tu tak semestinya bermakna 'Star of David'
Org Islam turki dulu pun ada guna simbol bintang cmni.
ada yg gelarkan dgn nama 'Seal of Solomon'
tgk bendera yg digunakan pelayar turki ,Khaireddin Barbarossa
betol2... tak semestinya logo tu milik israel.. kalau korang jelajah masjid2 atau surau2 kat Malaysia ni, mesti korang akan perasan banyak ukiran2 kat masjid/surau rupanya macam tu..
Hehehehe itu segi enam sbanar yeah lambang nabi sulaiman semasa memerintah israeal dlu...benda nie bgus kalau kita tgok dlam diri manusia pun ade cakra segi enam
LAMBANG NABI SULAIMAN
Sejarah yang tersimpan memberitahu bahawa Nabi Sulaiman memegang rahsia segi enam yang tersusun daripada bentuk segi tiga. Ia dinamakan sebagai “Bintang Enam”
1. Rahsia Yin Yang
2. Rahsia positif dan negatif
3. Rahsia kekuatan dan kelemahan
4. Rahsia pelengkap dan sempurna
5. Rahsia langit dan bumi
6. Kutub Utara dan Kutub Selatan
Malangnya lambang nabi sulaiman ini telah disalahguna bagi tujuan penguasaan dunia mencari keduniaan semata-mata. Ini kerana segi enam adalah pandangan (atau kedudukan) luaran dari sudut satu dimensi dan tidak seimbang antara dunia dengan akhirat.