shane
Legendary Member

- Messages
- 14,063
- Joined
- Nov 7, 2007
- Messages
- 14,063
- Reaction score
- 247
- Points
- 133
Filem Documentary Jadi Filem Seram Bagi BN
Kalau dulu logo BN di payung menggerunkan BN, kini filem dokumentari menjadi filem seram buat BN. Minggu lalu NTV7 terpaksa tunduk pada campurtangan Jabatan PM & PM1 Rosmah. Kali ni kebebasan media di halang di RTM2 demi politik sempit yg takut pada kenyataan.
Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.
Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.
Pandangan & suara kaum asal Sungai Asap di bisu kan demi keghairahan mengejar kemenangan PRK Sibu, matlamat menghalalkan cara bagi UMAPCONO.
Yang berikut adalah episod siri dokumentari yang dijadualkan:
Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)
Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)
Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)
Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)
Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)
Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)
Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)
Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)
Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)
Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)
Menafikan hak2 adalah kezaliman....

Last edited: