BTC USD 83,863.4 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fifi Natasya

karnival-show-time-17.jpg
 
karnival-show-time-15.jpg
 
karnival-show-time-161.jpg


BAKAT muda, Fiffy Natasya Abdul Suhaimi pernah berendam air mata sebelum ini. Pada tahun 2007, ketika masih menuntut di sebuah sekolah di pinggir ibu kota, hati gadis yang mesra dengan panggilan Fiffy ini terguris kerana tidak tahan dikutuk, dicerca dan dihina oleh rakan sekelasnya.

Tiada ungkapan yang dapat menjelaskan keadaannya ketika itu. Rasa sedih, pilu dan marah apabila orang mengaitkan dirinya yang belum tamat belajar tetapi sudah pandai mencari populariti.

Sakit hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Getus hatinya, mereka tidak tahu tentang keinginannya. Apa cita-cita dan misi kehidupan yang menjadi pegangannya selama ini. Jadi, langkah terbaik adalah menyepikan diri.

''Fiffy tahu ada yang pandang serong dengan apa sahaja yang Fiffy lakukan. Sebagai manusia biasa, Fiffy tak terdaya untuk menahan kejian dan cacian yang dilontarkan oleh mereka.

''Semuanya berada di luar kawalan Fiffy. Maka cara terbaik adalah mendiamkan diri sahaja,'' cerita Fiffy yang pernah membintangi filem Cinta Kolestrol dan telefilem Misteri Mimpi Syakila di TV3.

Gadis berbintang Taurus ini memberitahu, ibu, Faridah Mohd. Zin dan bapanya, Suhaimi Osman menjadi peneman duka ketika itu. Mereka banyak memberi sokongan dan tidak mahu Fiffy mengalah.

Anak kelahiran Kelantan ini berkata, dia bukan jenis yang sukakan publisiti murahan dan gemar mencipta kontroversi. Oleh itu, Fiffy akan mengelak untuk mencari pasal dengan orang lain. Kalau ada perkara yang kurang senang di hatinya, semuanya dipendam.

Baginya, lebih baik diam daripada berbicara. Bimbang sekiranya apa yang terkeluar daripada bibirnya mengundang rasa kurang senang dan tidak puas hati.

Kini, Fiffy enggan menoleh ke belakang lagi. Peminat warna merah jambu ini boleh berbangga apabila single pertama yang berjudul Kawaii yang bermakna 'telefon bimbit yang comel' sudah siap. Lagu rancak ala-ala pop Jepun itu menggambarkan dirinya sendiri.

''Kebanyakan remaja seperti saya gemarkan muzik ke arah Timur. Lagu-lagu Jepun dan Korea menjadi dendangan. Meskipun tidak memahami bahasa mereka tetapi muzik yang didendangkan sangat rancak dan segar,'' katanya.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 aliran sains ini juga berjanji tidak mengasingkan waktu belajar dan membuat persembahan. Baginya, peperiksaan itu menentukan masa depan kariernya juga.

Tambahnya, dia tidak mahu menjadi artis yang 'kosong' sebaliknya berilmu. Sebab itu, Fiffy menyasarkan keputusan cemerlang agar layak melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Fiffy berazam untuk menjadi pensyarah dalam bidang muzik atau guru vokal yang berpengalaman satu masa nanti.
 
Back
Top
Log in Register