BTC USD 80,828.5 Gold USD 4,145.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT FIFA siasat punca stadium kosong

anuarul

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,150
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,150
Reaction score
104
Points
133
JOHANNESBURG - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) setakat ini masih menyalahkan sistem pengangkutan awam dan kegagalan pemegang tiket korporat sebagai punca banyak stadium tidak dipenuhi penonton pada beberapa perlawanan awal Piala Dunia 2010, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan memalukan itu dapat dilihat semasa majlis pembukaan rasmi pada Jumaat lalu diikuti dengan perlawanan pertama antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan bertemu Mexico di Stadium Soccer City di sini.

Kurang dua pertiga tempat duduk di stadium tersebut yang diisi manakala penonton didakwa terlewat memasuki kawasan stadium kerana terperangkap dalam kesesakan teruk jalan raya selain masalah jualan tiket.

Masalah stadium tidak dipenuhi turut berlaku ketika perlawanan antara Korea Selatan dengan Greece di Pretoria pada Sabtu lalu termasuk melibatkan pasukan Algeria bertemu Slovenia di Polokwane kelmarin.

Perlawanan antara Ghana dengan Serbia di Pretoria kelmarin turut mengalami masalah sama.

Pemandangan banyak tempat duduk masih tidak diduduki penonton turut dilihat pada empat perlawanan yang diisytiharkan FIFA sebagai tiket sudah habis dijual selain harga di bawah nilai seperti pertemuan antara pasukan England dengan Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Menurut FIFA, kegagalan skim jualan pukal yang diperkenalkan pada awal tahun ini untuk menghabiskan tiket yang belum dijual bagi perlawanan kurang menarik selain isu pengangkutan menjadi punca masalah itu. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
 
wah...rugi camni....
camne sis. jualan pukal tu ek...??
tiket ni jual kat pembekal dulu ke..??
 
yg aku perasan paling byk tempat kosong masa jepun vs cameroon semalam
 
peminat tak tahan bunyi trumpet vuvuvela tuh..hehe
lgpun ramai memilih nk tgk perlawanan yg best2 jer..
cam smlm algeria lwn slovenia..x best sgt..
aku pon tak tgk kt tv..hehe
 
peminat tak tahan bunyi trumpet vuvuvela tuh..hehe
lgpun ramai memilih nk tgk perlawanan yg best2 jer..
cam smlm algeria lwn slovenia..x best sgt..
aku pon tak tgk kt tv..hehe

kalu sape perasan...
trompet tu...
dr mula game...sampai abeh game...
x renti berbunyi...
pergh...
sampi wisel refferee pon x dengar dah...
 
Nasib baik kat Afrika.Bayangkan kalau world cup buat kat Malaysia.Konpom stadium selalu kosong
 
Back
Top
Log in Register