BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FIFA : Ranking negara turun setangga

afwan83

Active Member
Messages
1,782
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,782
Reaction score
5
Points
25

Ranking negara turun setangga

Oleh Wan Fakhrul Bakar
[email protected]
2012/06/07

Rajagobal turun dengan misi menang, tidak mahu dipintas Singapura

SKUAD bola sepak kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 154 dunia dalam ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Keputusan seri 0-0 dengan Filipina Jumaat lalu, menyaksikan Malaysia kini mengumpul 151 mata, kurang dua mata berbanding bulan lalu manakala Filipina turut turun satu anak tangga ke kedudukan 149.
Bagi memastikan Malaysia tidak dipintas Singapura yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan 157 dunia, skuad kebangsaan tidak boleh tewas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam esok.

Ini kerana, jumlah mata Malaysia tidak mampu diatasi Singapura jika skuad kendalian Datuk K Rajagobal sekurang-kurangnya menang sekali dan seri sekali pada dua aksi bertemu Singapura, termasuk di Stadium Shah Alam, Selasa depan.

“Kita kena akur dengan ranking FIFA dan tak boleh pertikai cara perkiraannya.
Tapi kekuatan pasukan, kita masih mampu beri saingan biarpun Vietnam di kedudukan 98, Thailand 136, Filipina 149 dan Indonesia 151.
“Untuk pengetahuan, kita sudah hantar permohonan kepada Vietnam untuk aksi persahabatan. Cuma mereka belum beri persetujuan. Kalau jadi, kita boleh tunjukkan sejauh mana pasukan ranking 154 mampu bersaing dengan pasukan ranking 98.

“Jadi untuk bertemu Singapura (esok), fokus kita hanyalah menang. Walaupun ia sekali lagi membabitkan ranking, saya tak mahu jurulatih dan pemain terlalu tertekan memikirkannya,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi.



tahniah... RG...
 
'ranking tak penting pun..' kata udin FAM
 
coach pun kata ranking x penting
 
ranking donia tu mana ada penting......
 
1.RANKING TAK PENTING
2.KITA MASIH MENCUBA PEMAIN
3.KITA MASIH MENCARI KESERASIAN
4.INI CUMA PERLAWANAN PERSAHABATAN
5.INI HANYALAH EKSPERIMEN
6.KITA MASIH ADA RAMAI PEMAIN YANG BELUM DIPANGGIL
7.SAYA CUKUP BERPUAS HATI
8.SAYA KENAL PEMAIN SAYA
9.KITA TIDAK PERLU RISAU TENTANG RANKING
10. KITA BELUM MENUNJUKKAN KEKUATAN SEBENAR

So, korang semua tak perlu risau. Striker rembat bola ke langit tu hanyalah eksperimen
:)) :D
 
1.RANKING TAK PENTING
2.KITA MASIH MENCUBA PEMAIN
3.KITA MASIH MENCARI KESERASIAN
4.INI CUMA PERLAWANAN PERSAHABATAN
5.INI HANYALAH EKSPERIMEN
6.KITA MASIH ADA RAMAI PEMAIN YANG BELUM DIPANGGIL
7.SAYA CUKUP BERPUAS HATI
8.SAYA KENAL PEMAIN SAYA
9.KITA TIDAK PERLU RISAU TENTANG RANKING
10. KITA BELUM MENUNJUKKAN KEKUATAN SEBENAR

So, korang semua tak perlu risau. Striker rembat bola ke langit tu hanyalah eksperimen
:)) :D

kredit sama lu bro..jawapan diatas semua betul :)cgrock
 
bila la agaknya si gopal ni nk sedar dari tidurnya..?
 
Back
Top
Log in Register