BTC USD 81,608.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Festival KL 2011 hambar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
wk_01.1.jpg


PERSEKITARAN Kampung Budaya 1Malaysia kelihatan lengang dan hambar walaupun Festival KL sedang diadakan di situ.

KUALA LUMPUR 13 Julai - Festival Kuala Lumpur yang berlangsung selama sebulan bermula 1 Julai lalu menyediakan sebanyak 122 acara merangkumi pelbagai bidang seperti seni tampak, permainan tradisi dan seni persembahan.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh festival itu diadakan tetapi penganjurannya pada kali ini seperti tidak mendapat perhatian daripada masyarakat, yang dilihat berpunca daripada kurangnya publisiti.

Salah satu aktiviti yang sedang berlangsung ialah persembahan kesenian yang turut menampilkan persembahan seni muzik tradisional Melayu di Kampung Budaya 1 Malaysia, Menara Kuala Lumpur di sini.

Bagaimanapun, aktiviti yang sepatutnya meriah itu kelihatan hambar berikutan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun persembahan yang diberikan sangat menarik dan jarang dapat disaksikan.

Seorang petugas di Kampung Budaya itu mengakui, persembahan kesenian yang diadakan di situ sejak minggu lepas kurang mendapat sambutan sedangkan ia sukar dapat ditonton kecuali jika ada festival seperti itu.

"Agak mengecewakan kerana tidak ramai pengunjung yang datang untuk menyaksikan persembahan kesenian yang diadakan ini walaupun ia dibuka secara percuma.

"Kurangnya promosi dan persiapan pada saat akhir oleh pihak penganjur mungkin merupakan salah satu faktor pengunjung tidak tahun mengenai pesta ini.

"Namun, saya bangga kerana mereka yang membuat persembahan tetap bersemangat dan sentiasa memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui di sini.

Dia menambah, jumlah pengunjung yang datang ke festival itu juga tidak ramai seperti Festival Terengganu yang diadakan pada 18 hingga 26 Jun lalu.

Sementara itu, seorang pengunjung, Wafa Mohamad, 50, berkata, dia datang ke festival itu untuk melihat keistimewaan budaya yang terdapat di Malaysia.

"Saya gembira kerana tempat pameran ini sangat cantik tetapi kami mengalami masalah kerana di sini tidak disediakan petugas yang boleh menerangkan secara terperinci keistimewaan tempat dan persembahan yang diadakan di sini," jelasnya.

Pengunjung lain, Norman Stephens, 70, berkata, dia sangat gembira kerana dapat mengenali budaya Malaysia secara lebih dekat menerusi festival itu.

Dia yang sudah empat tahun tinggal di negara ini mengakui persembahan alat muzik tradisional yang terdapat di negara ini sangat istimewa dan perlu dipromosikan dengan lebih meluas.

Persembahan kesenian di Kampung Budaya itu bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam dan akan berakhir pada 17 Julai ini.
 
mana taknya..tb asyik.promote demo demo..:D :D
 
xde promosi pon..
aku x tau pape pon..
 
Back
Top
Log in Register