BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Festival Filem Raintown Didik Masyarakat Hargai Karya Indie Tempatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Festival Filem Raintown Didik Masyarakat Hargai Karya Indie Tempatan​

fa9d34bd4b04fc7022ae8e74fb7760116a9b851ad8bf5

95f70922c80224c811fab83e9cfe2f946a9b853dc98c6


Penganjuran Festival Filem Raintown (RFF) di sini sejak tiga tahun lepas bertujuan memberi kefahaman dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai fungsi serta peranan filem supaya melihat karya indie sebagai medium penceritaan bernilai tinggi.

Pengasas RFF Jacky Yeap Swee Leong berkata industri filem negara tidak pernah berhadapan isu kekurangan bakat atau penerbit filem baharu, sebaliknya cabaran utama yang masih dihadapi ialah membina kelompok penonton berkualiti yang memahami maksud karya yang dihasilkan.

“Langkah membawa karya seni ke daerah kecil seperti Taiping membolehkan masyarakat awam merasai sendiri peranan filem dalam memaparkan isu kemasyarakatan, budaya dan nilai kemanusiaan menerusi tayangan percuma.

“Festival ini juga tidak sekadar tertumpu kepada tayangan filem, sebaliknya juga melibatkan sesi dialog, bengkel penulisan dan perkongsian ilmu secara bersemuka bersama-sama barisan pengarah serta warga kerja filem berpengalaman,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Pengarah filem Sometimes Sometimes yang pernah tercalon dalam Anugerah Bakat Baharu Asia di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2023 itu berkata RFF mula dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-150 bandar Taiping pada 2024.

Anak jati Taiping yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam industri perfileman tempatan berkata festival itu diasaskan atas kesedaran untuk menyumbang kepada bandar itu yang kaya dengan nilai sejarah dan kebudayaan serta identiti tersendiri.

Yeap berkata dua edisi awal festival itu menumpukan kepada tayangan filem tempatan yang menjalani penggambaran di Taiping sebelum melangkah lebih jauh dengan penganjuran pertandingan filem pendek bertemakan After the Rain (Selepas Hujan) yang mewajibkan penceritaan berteraskan identiti serta persekitaran bandar Taiping.

Pertandingan itu menerima sambutan luar biasa apabila mencatatkan penyertaan 150 peserta melibatkan pelbagai genre merangkumi filem pendek dan dokumentari sebelum 20 karya terbaik disenarai pendek untuk tayangan dan penilaian.

Selain itu, Yeap berkata edisi ketiga RFF memperkenalkan projek creative sandbox membabitkan penuntut jurusan perfileman daripada IACT College sebagai pendedahan kepada penganjuran festival dan industri kreatif yang diharapkan dapat dikembangkan menjadi platform khusus menarik penyertaan lebih banyak institusi pengajian tinggi.

 
Back
Top
Log in Register