TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
JOHOR BAHRU - Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena yang dipanggil Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di atas boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
Sabah & Sarawak
Kuching – 8.29 pagi (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019.*
Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.
sumber
Gerhana matahari mungkin bawa petanda kemarau
![]()
Hanafiah Abdul Razak
JOHOR BAHRU: Gerhana matahari yang berlaku pagi ini adalah ulangan 21 tahun lalu menyaksikan Johor ketika itu diuji dengan kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman dan tumbuhan.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak, berkata pada 24 Oktober 1995 (1416 Hijrah) hari Selasa, jam 12.30 tengah hari (waktu al-Zohirah) gerhana matahari berlaku dengan kadar 70 peratus, manakala bulan yang menghalang cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik 'simpul atas'.
Katanya, sekali lagi gerhana matahari berulang hari ini jam 8.23 pagi iaitu waktu Dhuha dengan kadar gerhana 90 peratus, manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada kedudukan titik 'simpul bawah'.
"Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).
"Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
"Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor," katanya dalam satu laporan ringkas yang dikeluarkan, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, ketika dihubungi BH pagi ini berkata, pihaknya maklum berhubung perkara itu dan mengesahkan menerima laporan berkenaan perkara itu daripada Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.
"Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
"Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.
"Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132102
johor
![]()
![]()
![]()
![]()
..
![]()
FENOMENA gerhana matahari separa dapat dirakam pada jam 8.24 pagi di Sungai Merab, Bangi. - Foto Aizuddin Saad
![]()
PELAJAR Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Klawang, Harith Rusyaidi,13 melihat fenomena gerhana matahari sempena program cerapan gerhana matahari separa di Balai Cerap Teluk Kemang,PD,NS. - Foto Iqmal Haqim Rosman
![]()
FENOMENA Gerhana Matahari Separa ketika dirakamkan pada jam 7.55 pagi di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
![]()
FENOMENA gerhana matahari separa dapat dilihat disekitar Lembah Klang bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi. Ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
![]()
ORANG ramai meihat Gerhana Matahari pada jam 7.50 pagi di Tanjung City Marina, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam
![]()
ORANG ramai meihat Gerhana Matahari pada jam 7.50 pagi di Tanjung City Marina, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132086#foto
Sempat snap 5 keping. 8.22 pagi 9.3.2016 Sik, Kedah
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Pelajar teruja telur menegak semasa cerap gerhana
![]()
PELAJAR SK Sg Menghulu, Langkawi dirikan dua biji telur dalam ujikaji graviti semasa gerhana matahari separa. - Foto Bernama
LANGKAWI: Kejayaan menegakkan telur ayam semasa gerhana matahari separa adalah di antara aktiviti yang mengujakan bagi pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu di sini sewaktu program pencerapan anjuran Observatori Negara Langkawi (ONL).
Fenomena yang berlaku ekoran peningkatan graviti semasa gerhana itu menjadi pengalaman menarik bagi para pelajar berkenaan yang rata-ratanya belum pernah menyaksikan kejadian itu sebelum ini.
"Ia merupakan peluang yang tidak selalu berlaku yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar muda ini," kata Penolong Pegawai Sains ONL, Karzaman Ahmad semasa ditemui dalam program itu.
Menurutnya ONL menyediakan empat peralatan pencerapan mudah alih selain skrin layar besar dan projektor bagi membolehkan pelajar-pelajar serta orang ramai menyaksikan gerhana itu yang bermula kira-kira 7.33 pagi dan berakhir dua jam kemudiannya.
"Solat sunat gerhana turut diadakan selain aktiviti pameran, kuiz dan ceramah yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar dan guru sekolah ini," katanya. - BERNAMA
![]()
![]()
MURID sekolah teruja melihat gerhana matahari separa menggunakan teleskop yang dipasang Jabatan Observatori Negara Langkawi di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132148
Indonesia
![]()
![]()
![]()
![]()
keadaan jadi gelap gelita kemudian terang semula di Indonesia
http://www.youtube.com/watch?v=IZ0BEOFip1s
Galak solat Sunat Gerhana Matahari
![]()
Kuala Lumpur: Sempena fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku negara ini pada 9 Mac ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor menggalakkan umat Islam melakukan solat Sunat Gerhana Matahari.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan mufti itu, fenomena gerhana boleh dilihat bermula 7.25 pagi hingga 9.30 pagi di mana waktu maksimum gerhana adalah pada 8.30 pagi.
"Sempena fenomena gerhana ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat Sunat Gerhana Matahari.
"Waktu yang dicadangkan bermula 8.45 pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena berkenaan," katanya menerusi kenyataan itu.
Sehubungan itu katanya, pihaknya memohon kerjasama bagi membuat hebahan di masjid dan surau berhubung perkara ini.
"Turut diadakan Khutbah Khas Gerhana Matahari," katanya.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor di www.muftiselangor.gov.my atau hubungi Ustaz Mohamad Fadhil Jamian di talian 03-55143718.
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam kedudukan selari.
Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer (km) adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 km.
Kali terakhir rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa ialah pada Januari 2010 dan fenomena sama dijangka akan berlaku pada 26 Disember 2019.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119926#sthash.ExTiGDw8.dpuf