BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fenomena gerhana bulan penuh

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_04.1.jpg


KUALA LUMPUR - Fenomena gerhana bulan penuh yang bermula dari pukul 7.34 malam tadi telah menarik perhatian ramai termasuk kira-kira 3,000 pengunjung untuk bersama-sama menyaksikan kejadian itu di Planetarium Negara, di sini.

Ada yang telah berkumpul seawal pukul 6.30 petang untuk menyaksikan fenomena itu yang berlanjutan sehingga 1.30 pagi ini.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 20 teleskop untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini, namun kemunculan awan tebal di ruang udara ibu kota mengehadkan pandangan.

"Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh itu secara langsung, mereka boleh melihatnya menerusi laman sosial Facebook di Malaysia Lunar Eclipse,'' katanya.

Azreena memberitahu, fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah boleh dilihat di sesetengah lokasi pada pukul 7.34 malam manakala kesan maksimum gerhana kelihatan mulai 10.32 malam.
 
aku tgk kat umah aje .. hehe
 
tgk depan rumah jew je dah clear...hehehehe...
 
Awan tebal nak hujan... nampak samar2 jer kat tempat aku...
 
sempat tengok yg maksimum, warna perang... alhamdulillah... diberi peluang menyaksikan tanda2 kebesaran Allah S.W.T :)
 
Kwn tgk ms tgk bola kt mamak .....:D


Kebesaran NYA......ALLAH Maha Besar.........
 
tgk kat umah.. dekat pukul 11 mcm tu.
nampak keciiiiik je bebola kaler oren..

mcm merah telur masin. comel.
 
Back
Top
Log in Register