BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FELCRA Perlu Serius Patuhi Keperluan Berkanun - PAC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,029
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,029
Reaction score
291
Points
146

FELCRA Perlu Serius Patuhi Keperluan Berkanun - PAC​

a8c399a1a634300fc93789b5d85ca0306a4de743e3c67

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad perlu serius melaksanakan syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), berhubung pengurusan perolehan ladang sawit serta mematuhi segala keperluan berkanun yang ditetapkan.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pematuhan mutlak terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perolehan baharu yang telah diperkukuh adalah amat kritikal bagi memastikan kelestarian pelaburan syarikat.

“Ia juga bagi mengelakkan sebarang risiko kerugian pada masa hadapan serta menjamin kestabilan kewangan jangka panjang syarikat,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Mas Ermieyati berkata PAC telah membentangkan Penyata PAC Parlimen Terhadap Tindakan Susulan Kementerian/Agensi Bagi Syor-Syor Penyata PAC Parlimen Berhubung Pengurusan Perolehan Ladang Sawit Oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Di Bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW), hari ini.

Beliau berkata penyata itu adalah bagi memaklumkan tindakan susulan yang diambil oleh KKDW dan FELCRA Berhad terhadap sembilan syor yang telah dikemukakan oleh PAC, berikutan isu kelemahan tatakelola dalam perolehan empat ladang sawit komersial seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025.

Mas Ermieyati berkata bagi mengurangkan bebanan kewangan syarikat, FELCRA mengambil keputusan menangguhkan sebarang perolehan land bank komersial baharu, dan kini memberikan keutamaan kepada Program Tanam Semula Estet membabitkan peruntukan RM52 juta.

Mengenai aspek pelaburan pula, beliau menjelaskan kos operasi yang berubah dan keperluan program tanam semula secara besar-besaran telah menganjakkan titik Pulangan Pelaburan (ROI) bagi Estet Telupid daripada sasaran asal tahun kesembilan kepada tahun ke-19 (2040).

Sehubungan dengan itu, beliau berkata PAC meminta simulasi kewangan masa hadapan dilaksanakan dengan mengintegrasikan analisis titik pulang modal.

Sementara itu, beliau memaklumkan SOP baharu FELCRA kini mewajibkan laporan penilaian daya maju perunding luar dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, selain menetapkan tempoh bertenang (cooling-off period) selama 15 hingga 30 hari untuk memeterai perjanjian.

 
Back
Top
Log in Register