BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FB Nothing2Hide lancar perang dengan TMJ

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
eNcutsL3GGdG3colWvzbNRiPoAR1FZR7GZSFNB5jnwixPsya4mX1TJwaDS6SsveJqBSTEATD_Eyi23U9W8k

Laman Facebook yang dibuat bagi mempromosi program dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama NGO kini secara terbuka melancarkan "perang" dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sejak Selasa, pengendali laman Facebook yang mempromosikan program "Nothing2Hide" itu telah memuat naik tiga tulisan berasingan yang mengkritik Tunku Ismail.

Penganjur bagi program tersebut Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) bagaimanapun menafikan bahawa pihak mereka menguruskan Facebook 'Dialog PM bersama NGO' itu.

Semalam, satu lagi tulisan di laman itu menuduh Tunku Ismail sebagai "punca masalah" kerana membuat tuduhan terhadap Najib secara melulu, tidak sopan dan terbuka menerusi media sosial.

"TMJ menuduh perdana menteri sebagai seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya. Satu tindakan yang mencemar integriti jawatan TMJ itu sendiri.

"Sedarlah TMJ, pada hari Ahad yang lepas perdana menteri telah memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dan penjelasan beliau telah dapat diterima oleh ramai yang hadir.

"Jika program Dialog Perdana Menteri bersama NGO tidak diganggu oleh tetamu yang tidak diundang dan pengacau, iaitu Tun Mahathir (Mohamad) dan penyokong-penyokongnya, penjelasan yang baik dapat diberi kepada 1,200 pemimpin NGO di seluruh negara.

“Kenapa mahu menyokong pihak yang bersalah?"
tulis laman Facebook itu.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/302154
 
Lepas ni keluar kenyataan FB Nothing2Hide kena hack.
 
hahahaa...... ada sequel plak yerrr...

pop corn saiz besar satuuu!!!!
 
saya tambah coke zero satu. yang rasanya sama je ngan coke sebenar
 
warkah amin bin yatim tu cantik je ayat. byk bayar tu
 
Apa lagi tmj .... penjilat pm kesayangan depa dh bg bola tanggung tu.
 
ha yang ni kalau nak penampo boye memang tepat ke muka, haritu aku dengar ayat baru baru nak masuk kamus.

1) menajibkan
Maksud - menghilangkan diri ketika berlaku kesukaran/bencana
Contoh: Ali menajibkan diri setelah disyaki terlibat dlm kemalangan tersebut

2) merosmahkan
Maksud- membelanja diri sendiri Dengan penuh pembaziran
Contoh- setelah mendapat kenaikan gaji, aminah telah merosmahkan semua duitnya disebuah pasaraya terkemuka.

3.MASLAN~Ertinya teramat *****.
Contoh ayat; Saya ada seeorang kawan di Kampung Seberang yg kerap menunjukkan sikap maslannya...hahaha..


ni aku tambah yang ke 4.

4. Menazrikan - ayat korang fikir sendiri.hahaha :eek:
 
Back
Top
Log in Register