BTC USD 80,856.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

fazura bengang??

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
641
Points
161
Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

Fazura-Bengang-Dengan-Sikap-Berlagak-Zizan-Razak-ROTIKAYA-700x461.jpg



Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.

Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazura sebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar.

Namun reaksi Zizan Razak yang menyampuk percakapan Fazura ketika itu dilihat seakan biadap & menerima reaksi kurang senang daripada para penonton dan peminat.


Fazura-Bengang-Dengan-Sifat-Berlagak-Zizan-Razak-ROTIKAYA.jpg


Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.

Harapnya Zizan Razak selepas ini boleh muhasabah diri untuk lebih terbuka untuk menerima apa jua kritikan tentang persembahan beliau. Popular tidak bermakna tidak boleh buat silap ‘kan?

**abg lg bengang..knp faz x balas wasap abg????:eek:
 
nmpk zizang stress..terlalu mncuba utk buat lawak..ksian pulok aku tgk dia.
next week sila singkirkan diri sdri je la kot
 
lawak....

dalam kes kehidupan realiti ni pun, kebanyakan masa kita perlu sedia terima teguran.
 
bukan zaman zizan lg skrg ni
dia wat comeback yg tak berguna
fokus jela jd pengacara melodi tu
 
aku duk peratikan si zizan ni, setiap kali juri bagi komen mesti ada yg dia menyampuk, kdg2 bosan gak tgk dengan habit dia yg mcm tu... x bleh ke waktu juri komen diam je, kecuali kalo juri tu tanye soalan... ni ada je yg nk di sampuk nye...walaupun kita dah berada di tahap yg selesa, tak cantik kot ada habit mcm tu, nampak mcm x respect juri beri komentar... :D ~X(
 
Ade video ke. Kasi up skit. Ambo xde astro..
 
bila virus bottom three je terus takda penyingkiran.. dah dua kali dah.. kalau team lain sah2 bye2..
 
Back
Top
Log in Register