BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fatwa ialah hukum syariah bukan hanya pentadbiran - PAS WP

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Fatwa ialah hukum syariah bukan hanya pentadbiran

Noor Nadiah Mohamed NorJune 20, 2025

Azhar Yahya
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan memandang serius keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) berhubung permohonan mencabar kesahihan fatwa yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Selangor.

- -
Pesuruhjayanya, Ustaz Azhar Yahya berkata, fatwa bukanlah keputusan pentadbiran biasa, sebaliknya hukum Syariah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan disiplin ilmu Islam dan mempunyai kekuatan sebagai sumber hukum kepada umat Islam.

“Kami menzahirkan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang keputusan ini yang dilihat boleh menghakis kuasa institusi agama Islam, termasuk Majlis Agama dan Jabatan Mufti Negeri-negeri.

“Dalam mengawal aliran pemikiran yang menyeleweng daripada syariat Islam. Oleh itu, kami menyokong penuh tindakan MAIS mempertahankan fatwa ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tegasnya, tindakan mencabar fatwa di mahkamah sivil adalah tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan boleh menimbulkan kekeliruan serta menyebarkan ideologi liberal yang merosakkan akidah.

“PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam agar tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, berasaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas, serta tidak terpedaya dengan agenda halus yang cuba menggugat kesucian agama Islam melalui saluran undang-undang sivil.

“Kami juga mengharap semua pihak mengambil berat dengan kekecewaan dan dukacita yang dizahirkan oleh Sultan Selangor berikutan insiden ini. Kami juga menggesa Majlis Raja-Raja Melayu.

“Sebagai penaung tertinggi hal ehwal Islam di negara ini, untuk memantau dan menilai implikasi keputusan ini dengan serius agar institusi agama Islam kekal dihormati dan dipertahankan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) dalam pertikaian berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 2014.

Mahkamah tertinggi itu dalam keputusannya memutuskan perkataan ‘orang-orang yang menganut agama Islam’ yang diguna pakai di dalam fatwa itu hanya boleh merujuk kepada orang-orang sebenar dan bukan orang-orang buatan seperti sebuah syarikat. – HARAKAHDAILY 20/6/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

X payah bising2, cukup utk isytihar nk tinggikan martabat mahkamah syariah setaraf mahkamah persekutuan, dan pinda Perlembagaan..

Masukkan perkara tu dlm janji manifesto PAS nnt.

X guna dok sembang teori fatwa itu ini, sbb sistem negara kita adalah sekular hibrid, x payah nk denial.
 
Pemuda PAS lapor polis isu SIS Forum cabar fatwa

IzwanJune 22, 2025

Azmer Syazwan (tengah) bersama jentera PAS Wilayah membuat laporan polis di IPD Sentul (FOTO: HARAKAHDAILY/Srihayanis Abasri)
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) berhubung penyalahgunaan perkataan ‘Islam’ yang disifatkan sebagai percanggahan dengan fatwa.

- Advertisement -
Laporan polis tersebut sebagai menyatakan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang melarang penggunaan nama ‘Islam’ dalam penerbitan SIS Forum sekali gus bertentangan dengan titah baginda.

Ketuanya, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, tindakan SIS Forum jelas melanggar peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1998 dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

“Kesalahan ini kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu melanggar disiplin agama Islam, fatwa serta titah Sultan; menggugat keharmonian antara agama; dan mencabar kesucian Islam melalui SIS,” katanya.

Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Abu Bakar Abd Rahman serta Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Hadi Abdul Halim.

Juga Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Hedzer Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, LAr Fauzi Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, di sini hari ini.

Azmer Syazwan turut menyeru agar siasatan segera dilakukan terhadap individu atau pertubuhan yang mencabar fatwa.

“Selain itu, penguatkuasaan undang-undang syariah dan enakmen negeri diperhebat dan langkah pencegahan diambil terhadap sebarang usaha mencemarkan kesucian kalimah dan ajaran Islam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengarahkan pelaksanaan solat hajat khas selaras dengan titah Sultan Selangor dan PAS Wilayah menyambut seruan tersebut dengan gerakan sokongan di seluruh kawasan.

“Kita telah menggerakkan seluruh jentera PAS Wilayah termasuk Perhubungan Negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dewan Ulamak, PAS Lembah Pantai dan PAS Titiwangsa untuk melaksanakan laporan polis secara serentak,” katanya.

Sementara itu, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Ts Dr Subash Chandrabose M Arumugam, menegaskan bahawa pihaknya juga menyokong penuh pendirian PAS.

“Saya difahamkan perkara ini akan diambil secara serius. Kami DHPP berdiri teguh bersama PAS Pusat dan PAS Wilayah Persekutuan dalam isu ini,” katanya yang juga Pengarah Strategi dan Komunikasi DHPP Pusat.

Tambah beliau, tindakan SIS yang didakwa mempertikaikan fatwa berkaitan bukan hanya isu undang-undang, tetapi juga satu penghinaan terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

Terdahulu, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Selangor menggesa agar SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka.

“Hal demikian agar perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” titah bahinda.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan SIS Forum berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Keputusan itu dibuat secara majoriti, dengan tiga daripada empat hakim yang bersidang bersetuju untuk membenarkan rayuan yang difailkan oleh SIS Forum.

Mereka ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Seorang lagi hakim, Datuk Abu Bakar Jais, tidak bersetuju dengan keputusan itu, manakala seorang lagi ahli panel, Tan Sri Abdul Karim Abdul Jalil, telah bersara pada April lalu dan tidak mengambil bahagian dalam keputusan akhir. – HARAKAHDAILY 22/6/2025

Subash Chandrabose

Azmer Syazwan
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Bagus gak PAS bawa isu ni. Mudah2an mahkamah ambil keputusan utk haramkan penggunaan perkataan ISLAM pada apa2 jua nama pertubuhan dan entiti.
 
Peguam MAIS pun kaku kuat isap rokok
Tau tak fatwa merokok tu haram

Mcm mana la tuhan Allah nak bantu
Takde keberkatan
Jahannam institusi islam kita mcm ni

7-B90-F046-4936-468-F-B9-F6-33614-CC612-B4.jpg
 
Back
Top
Log in Register