BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fatihah dakwa dirogol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PEKAN - Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.

Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.

“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah menge*sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.

Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telekomunikasi berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, remaja itu akhirnya mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/fatihah-dakwa-dirogol-1.35126
 
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

aku rase x laporan palsu ni hukumannye kena same ngan benda yg dia lapor..

kalu kena kes rogol, mamat tu kena 20thn beb..mkn x abis..tapi die lak takat 6 bulan..

tah ape2 r minah ni..dah la tipu 1 malaysia, tipu polis sume..menipu lagi x abis..:(scam:mad:
 
kata dirogol, tp tak dirogol... kena ada yg rogol betul2 baru tau..
 
sangap budak 2...org xrogol ckp rogol...haiya..
 
senget betol la budak ni...
suka sama suka ni..
mesti family paksa suh report as rogol..
family dia mmg xnk ngaku salah ke ape?
 
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

aku rase x laporan palsu ni hukumannye kena same ngan benda yg dia lapor..

kalu kena kes rogol, mamat tu kena 20thn beb..mkn x abis..tapi die lak takat 6 bulan..

tah ape2 r minah ni..dah la tipu 1 malaysia, tipu polis sume..menipu lagi x abis..:(scam:mad:

bf dia polis jgk tu,
tu yg tak kena apa2 tu
 
senget betol la budak ni...
suka sama suka ni..
mesti family paksa suh report as rogol..
family dia mmg xnk ngaku salah ke ape?

suka sama suka
bawah umur kena cas rogol kat malaysia
kecuali lah undang2 dah diubah..
 
memula simpati le jugak kes ni...alih² dia pulak yg nak ikut jantan tu...la ni cakap kena rogol pulak...celaka punya budak pompuan ni..:(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register