BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT FAS, Kafa terlepas hukuman

epbx

Super Active Member
Messages
7,015
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
FAS, Kafa terlepas hukuman
Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]
JURULATIH Felda United, Reduan Abdullah (gambar) - digantung setahun pada 26 Februari lalu gara-gara 'bercakap tanpa kebenaran' - mungkin berharap kesnya hanya dibincangkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Kerana berbeza dengan ketegasan ketara apabila menghukumnya, dua minggu lalu, jawatankuasa sama ‘melakar sejarah’ apabila memutuskan untuk tidak menghukum tiga pihak yang dihadapkan kepadanya, semalam.

Paling beruntung ialah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang ‘terlepas’ biarpun terbukti ada insiden penonton membaling kerusi ke arah tempat duduk orang kenamaan di Stadium Shah Alam ketika aksi bertemu Kelantan, 28 Februari lalu.



Turut beruntung ialah tonggak bentengnya, Khairul Anuar Baharom apabila dakwaan ‘mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan pegawai perlawanan’ digugurkan jawatankuasa itu selepas aduan pengadil tidak disokong pembantunya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga bernasib baik pulang dengan amaran keras selepas jawatankuasa memutuskan bahawa sukar untuk mengenalpasti sama ada penyokongnya membaling pelbagai objek ke padang pada perlawanan sama.

“Isunya ialah sama ada FAS menyediakan kawalan keselamatan mencukupi ataupun tidak. Mereka membuktikan ada lebih 300 anggota polis dan jawatankuasa berpuas hati,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Ia bermakna jawatankuasa memilih ‘bertolak ansur’ dan tidak terikat kepada Peraturan Tatatertib FAM - iaitu Kesalahan 19.12 untuk dakwaan ‘apabila penonton merosakkan harta benda stadium seperti kerusi, pintu, pagar dan lain-lain.’

Jika jawatankuasa itu patuh - seperti ketika menghukum Reduan sebelumnya - FAS berdepan hukuman ‘denda RM25,000 selain perlu membayar pada kos sebenar kerosakan harta kepada pentadbir stadium’.

Jawatankuasa semalam sekadar mengenakan hukuman minimum - penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 - terhadap Khairul dan penjaga gol Kelantan, Halim Napi kerana kekasaran terhadap pemain lawan.
:(scam
 
apa nie......
FAM nie x tegas langsung....
x jaga pegawai perlawanan...
x dgr pendapat lg...
 
suh kelantan daftar main kat EPL la weh:eek::eek::eek:

wakakaka....emmm nanti klu kelate join epl...takut nanti ada budak bukak thread kelate lak tuk bpl...jatuh abis fans rival kan...:eek::eek:
 
sejarah menunjukan FAS banyak kali terlepas dari FAM...mana boleh denda FAS,...hahaha...selangor power
 
sejarah menunjukan FAS banyak kali terlepas dari FAM...mana boleh denda FAS,...hahaha...selangor power
Ibupejabat FAM (Wisma FAM) terletak di Kelana Jaya, Selangor....boleh kaw tim maaa :D
 
Back
Top
Log in Register