BTC USD 81,812.0 Gold USD 4,083.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fanatik Kepartian.

al-lavendari

Fun Poster
Messages
254
Joined
Aug 17, 2011
Messages
254
Reaction score
22
Points
15
Selama ini saya amat berat untuk berbicara fasal politk kerana saya tahu ia boleh menjadi punca hilang kawan. Akan tetapi perkembangan mutakhir menyebabkan saya melenturkan sedikit prinsip saya itu.

Di negara kita yang bertuah ini secara umumnya ada dua barisan atau pakatan politik. Kita namakana satu pakatan X dan satu lagi pakatan Y. Kedua-duanya sekarang ini sedang berhempas pulas menjaja diri untuk menguasai Putrajaya atau untuk kekal berkuasa.

Masing-masing ada penyokong dan penaja. Masing-masing mahu menang. Masing-masing rasa pakatan mereka paling layak untuk memimpin negara ini. Masing-masing yakin pakatan mereka akan di pilih oleh rakyat.

Apa yang saya tidak seronok ialah fanatik yang melampau kepada pakatan sendiri. Apa sahaja yang pakatan lawan buat, semuanya salah. Semuanya busuk dan *****. Dan apa sahaja yang pakatan dia buat, semuanya baik dan bijaksana. Munasabahkah begitu ?

Apa sahaja yang dicakapkan oleh pemimpinnya betul belaka dan begitulah sebaliknya. Pemimpin dia sahaja yang maksum dan dijamin syurga dan pemimpin pakatan lawannya adalah penjarah dan bakal penghuni neraka. Sudah tentukah begitu ?

Saya rasa kalaulah ketua Pakatan X mengaku berzina dengan isteri orang dan mengatakan telah bertaubat, para penyokong fanatiknya mungkin akan berkata begini ..

" kita puji sifat dia yang berani mengaku kesalahannya dan bertaubat. Allah itu maha pengampun dan kita tak patut campur urusan Dia ... lagipun mana ada orang yang tak pernah buat dosa. Ketua dia orang lagi dahsyat menyapu wang rakyat"

Dan begitu juga jika ketua Pakatan Y mengaku pernah menerima rasuah politik maka penyokongnya mungkin akan kata begini ..

"bukan dia yang minta pun .. dah orang nak bagi sangat, dia ambillah ... apa salahnya kan ... lagi pun duit yang dia terima tu bukannya dia makan sorang, tapi diagih-agihkan kepada penyokong dia juga. Ketua dia orang lagi dahsyat, kalau ikut Islam berzina tu boleh kena hukum rejam tau .."

Pertimbangan melalui fikiran rasional telah hilang dan digantikan dengan emosi. Pakatan aku betul dan pakatan engkau salah. Cakap ketua aku semua betul, cakap ketua engkau semua salah. Perbuatan ketua aku semua betul dan perbuatan ketua engkau semua salah. Rancangan pakatan aku semua betul dan bijak dan rancangan pakatan engkau semua sampah. Pendeknya bagi mereka mustahil ketua dan pakatan mereka salah dan mustahil ketua dan pakatan lawan itu betul. Pintu hati mereka seolah-olah sudah tertutup oleh ketaksuban kepada pakatan masing-masing.

Perkembangan mutakhir ini lagi menyayat hati saya di mana masing-masing berlumba-lumba membuka aib tokoh pakatan lawan. Tak kisahlah aib itu benar-benar dilakukannya atau dilakukan oleh orang yang menyerupainya.

Orang Bangladesh, India, Myanmar, Kampuchea, Indonesia dan lain-lain berbondong-bondong masuk ke negara kita mencari kekayaan dan kita pula asyik bersengketa sesama sendiri. Satu hari nanti kalau tak kena caranya, tidak mustahil kita pula akan menaki bot pancong belayar malam memasuki negara Indonesia secara haram untuk mencari rezeki kerana Tuhan murka dengan kita yang tidak tahu bersyukur dan menarik balik segala nikmat keamanan dan kekayaan yang telah diberikanNya selama ini. Nauzubillah.

Sumber: Sini.
 
Last edited:

hang tahu ke maksud bersyukur tu ape?
 
TT nih bukan fanatik Kepartian ker? :D
 
Kalau kat PR mereka kata kita fanatik tetapi kalu kat UMNO x kata lak fanatik sampai sanggip jadi cam samseng :))
 
Apa yang aku tahu ...

Apa yang kita dapat kat MALAYSIA nie ... semua nya dari ALLAH ...

Kerajaan nie ... ASBAB jer ... :D ...

Jangan Kufur nikmat ... hehehe :D ....
 
Aku bagi gelaran kat mereka yang FANATIK nie ... FANATAIK .... hehehe :D ..

Maaf :D
 
Back
Top
Log in Register