BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAMA bantu usahawan muda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Badruddin Amiruldin menjulang plak logo Malaysia Hebat sambil diperhatikan oleh Mohd. Zahli Majid (tengah) dalam Majlis Pelancaran Malaysia Hebat di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR​

KUALA LUMPUR 26 Mac - Peningkatan bilangan usahawan muda yang menceburkan diri dalam sektor pertanian dan pemakanan dilihat sebagai perkara positif dan harus diberi galakan agar trend tersebut terus kekal pada masa akan datang.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, pihaknya menggalakkan usahawan Gen Y menceburi sektor pemakanan dan pertanian yang mempunyai potensi besar malah menguntungkan.

“Terdapat satu unit khas Gen Y di FAMA sendiri yang memberi sokongan, laluan, tunjuk ajar dan dana daripada agensi kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada yang berminat menceburkan diri dalam bidang pemakanan dan pertanian.

“Melihat kepada generasi muda yang lebih mengutamakan keselesaan dan nilai komersial, bantuan yang diberikan juga mempunyai aspek tersebut untuk menyuntik semangat mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program ‘Malaysia Hebat’, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Gagasan Generasi Progresif (GGP), Mohd. Zahli Majid dan Timbalan Presiden GGP, Mohamed Hassan Hamzah.

Program Malaysia Hebat merupakan satu program yang bertujuan mengangkat martabat usahawan bumiputera dalam kalangan golongan Gen Y dengan bantuan dari segi rangkaian perniagaan, ilmu keusahawanan dan sebagainya.

Tambah Badruddin, salah satu sektor pemakanan yang harus diceburi usahawan muda adalah industri makanan halal.

“Sedar atau tidak sedar, 90 peratus industri halal di negara kita dikuasai oleh orang bukan Islam sedangkan ramai yang berpotensi besar dalam kalangan kita.

Menurut beliau, sektor pertanian juga merupakan satu industri yang menguntungkan dan mempunyai kurang risiko.

“Saya menggalakkan golongan generasi baharu menceburkan diri dalam keusahawanan pertanian dan sertai program ladang kontrak yang turut menyediakan kemudahan memasarkan tanaman mereka.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan usahawan menceburkan diri dalam bidang ini melalui agensi-agensi kerajaan seperti Agro Bank, TEKUN, Jabatan Pertanian dan FAMA sendiri,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register