BTC USD 82,737.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie FALL (2022) NOW SHOWING IN CINEMA

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1662086094990.png

Apa anda akan lakukan jika terkandas di menara radio setinggi 2000 kaki??

FALL (2022) - Atmosphere, latarbelakang dan aksi-aksi MENDEBARKAN di sebahagian filem ini mampu membuatkan anda merasa LEMAS! SESAK NAFAS! SERIAU!
Kerana tidak dapat “Move On” dengan kematian suaminya yang jatuh dari gunung ketika melakukan aktiviti mendaki yang ekstrim, Becky mula memulaukan dirinya sendiri sehingga hidupnya tidak keruan.
Demi sebuah persahabatan dan menginginkan Becky menikmati meneruskan kehidupannya semula, sahabat baiknya Hunter mengajak Becky mendaki menara radio setinggi 2000 kaki yang telah lama terbengkalai dan agak usang yang terletak di salah satu kawasan gurun, jauh dari kota.
Kedengaran cukup GILA kan?? Sebabnya Hunter ini memang ada perangai gila-gila dan agak degil. Becky pun turutkan je dalam masa yang sama Becky berhasrat untuk menabur dan membuang abu mayat suaminya setelah mencapai puncak tertinggi di menara radio tersebut sebagai tanda yang dia akan “move on”.

Namun apa yang mereka rancangkan terjadi sebaliknya! Kegembiraan mereka saat tiba di puncak tidak kekal lama apabila mereka menghadapi kesukaran untuk turun semula! Tiba-tiba tangga di menara tersebut jatuh menyembah bumi!!
Klimaks plot bermula apabila Becky dan Hunter cuba untuk mendapatkan bantuan dengan pelbagai cara namun tiada satu pun menjadi.
Dan plot menjadi mendatar dan agak santai sekejap apabila mereka telah mula keletihan, sehinggalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika mereka cuba mendapatkan botol air yang tersangkut di piring satelit dibawah menara tersebut dalam lingkungan jarak sejauh 100 meter.

Dapatkah Becky dan Hunter mencari jalan untuk turun dari menara tersebut dengan selamat? Alur cerita filem ini pada dasarnya nampak klise kan? Tapi jangan terkejut kerana kita tetap disajikan dengan PLOT TWIST yang mungkin kebanyakkan dari kita tidak menjangkanya akan berlaku.
Kisah yang cukup menarik dan pastinya untuk mendapatkan pengalaman menonton yang lebih ummpphh dan “feel” seolah-olah anda sendiri yang berada di puncak menara itu..sis sarankan anda tonton di panggung wayang..PASTI SERIAU MEMANJANG!

kredit:FB.USER




1662087760398.png
​



1662087804410.png


1662087832731.png
 
Back
Top
Log in Register