BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fakta tentang Bruce Lee

ip man tu tok guru B.L
dia ni mmg pernah sengsara terkene jurus dari tok guru silat gayung dari negara kita...tapi bukti agak payah kerna masa tu berada di tempat org...tah betul tah tidak...tapi mmg dia pernah sengsara terkene jurus dari manusia gak

http://www.youtube.com/watch?v=3Btjq5sv23A

video atas ni bukan bruce lee tapi Dan Inosanto tgh demo silat , pewaris Jet Kun Do yang di asaskan bruce lee

kat thread ni ada bincang pasal bruce dgn datuk mior

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=15026
 
saya berpendapat...kematian bruce lee adalah tlah di rancang,samada dengan org mrlayu ka indon kaa.itu tak penting.sebab kalau kita persoalkan itu maka terjadi perpecahan di kalngan bangsa di nusantara atau dunia.
aku yakin yg hebat sebenarnya datang dr ISLAM.cuba kaji asal usul guru mereka semua....
tapi perdu kepada semua beladiri adalah jiwa yg kuat(iman)
 
mahaguru gayung ni lah yg pernah menewaskan bruce lee satu ketika dulu....

DATO' MEOR ABDUL RAHMAN BIN UDA MOHD.HASHIM

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
 
boleh tanya Daniel Inosanto ....kat video kat atas pun pasal Daniel Inosanto ajor silat...
 
aku pun terdengar secara x sengaja, bruce lee guna besi berantai dia tu.mahaguru pun guna la batin nya dr jauh maka tercedera la bruce lee tanpa sempat menggunakan besi berantai nya itu.
 
aku rs bruce xleh nak makan dato' meor kot...tu pasal nk guna besi berantai dia tuh...
 
Kat Discovery Channel pernah siar kisah pasal Bruce Lee, lama dah .... Dier Cerita kisah zaman kegemilangan bruce lee sehingga kepada kematian. Bruce Lee memang suka mencabar semua guru seni bela di seluruh dunia. Dalam siri tu, menyatakan kematian Bruce Lee adalah disebabkan penyakit misteri selepas pulang daripada berlawan dengan seseorang, tetapi tidak dinyatakan pula nama siapa lawannya sebelum meninggal. Di akhir kisah tersebut menyatakan kematian Bruce Lee masih menjadi satu misteri..
 
Back
Top
Log in Register