BTC USD 81,330.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fajar Dari Timur...

hehe....itu salah satu sebab bro....yg pentingnya disini itu lah akibat dari melaksanakan sistem yg salah....negara kita pun lambat laun akan mengalami nasib yg sama sbb kita pun menggunakan sistem yg sama. Sistem ni mmg membawa kita kpd kehancuran....cuma cepat atau lambat sahaja.
 
Fajar Dari Timur 2..

Salam semua,

Menurut pandangan saya sudah sampai waktunya kita umat Islam bersatu dan bekerjasama untuk mewujudkan sistem ekonomi dan sistem kewangan alternatif. Ini kerana sistem ekonomi dan sistem kewangan yg diamalkan sekarang sudah samapai kepenghujungnya. Hanya tinggal menunggu saat2 kehancurannya sahaja.

Apabila sistem yg diamalkan sekarang hancur kita semua akan menanggung akibatnya. Apa yang berlaku di Amerika dan negara-negara Eropah pasti akan merebak keseluruh dunia. Ini kerana seluruh dunia mengamalkan sistem yang sama.

Bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya sistem ekonomi dan kewangan Amerika hancur. Apa pilihan yang ada kepada mereka selain memimpin dunia kearah peperangan dunia ketiga. Peperangan adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada. Mereka akan menyeret seluruh untuk hancur sama demi mengekalkan status mereka sebagai pemimpin dunia.

Kita tidak bolih berharap kepada pemimpin-pemimpin politik untuk menyelesaikan masalah kita. Keutamaan mereka sebagai ahli politik dalam sistem demokrasi ada;ah untuk mencari undi bukan menyelesaikan masalah. Mereka hanya akan melaksanakan sesuatu dasar atau agenda yang mampu memberikan populariti dan dapat meraih undi sahaja. Sebab itu masalah tidak pernah selesai.

Kita perlu mencari kaedah dan strategi yang berbeza yang diluar daripada kelaziman kita untuk menyelesaikan masalah ini. Kita sudah harus mulai berfikir dan berusaha kearah itu sebelum segalanya sudah menjadi terlambat. Apatah lagi kalau kita menyoroti isyarat daripada baginda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa kebangkitan Islam kali kedua itu akan bermula dari Timur. Maka sudah tentu tanggung-jawab itu terpikul diatas bahu semua umat dari Timur yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Alangkah beratnya tanggung-jawab tersebut. Persoalannya bilakah akan kita mulai langkah tersebut. Atau kita hanya perlu sekadar berpeluk tubuh sambil menunggu sahaja kedatangan Imam Mahadi tanpa perlu berusaha dan berbuat apa-apa. Takkan begini sikap seorang muslim sejati. Sedangkan Allah SWT sendiri sudah menegaskan bahwa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan setelah kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Renungkan sahabat2 semua...mudah-mudahan kalian juga mempunyai semangat yang sama...
 
selamat-datang.jpg
 
Back
Top
Log in Register