BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Faizal AF4 kemalangan..

kalau vios free dia punah..
faizal kena Ubah Gaya Hidup... :p
 
kecoh sebab vios die hancus kot.....:D
 
laa.. igt faizal tahir tadi.. byk sgt faizal.. faizal hussein la..:D :D

baru 8 bulan dapat lesen.. hehe. takpe, a good driver is not born..
 
Org kampong Nemo neh... patut la nemo suka nyanyi karaoke...:))
 
camner boleh langgar.....ish itu pun nak kecoh ke, ayam aku mati aku tak kecoh pun.....kalau artis cedera ke tak cedera ke mesti masuk berita, tapi kalau ulama yang meinggal langsung tak de bunyi ...apa nak jadi le dunia hari ni....memang nak kiamat lah agaknya....aku tak brapa sedia lagi kalau hari kiamat hari .... bagaimana anda?
sori mcm ceramah lah pulak....
 
Faizal AF4 nahas

KUANTAN: Juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Mohammad Faizal Ramly, 24, atau Faizal terbabit kemalangan apabila Toyota Vios dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan, pagi semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 235, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Bukit Goh di sini, Faizal yang berasal dari Marang, Terengganu, bagaimanapun tidak cedera.

Ketika kejadian, Faizal dikatakan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Faizal yang popular dengan lagu ‘Lihatlah’ dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.



Kejadian itu dipercayai akibat jalan licin berikutan hujan sebelum Faizal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Kuantan untuk membuat laporan.



Penyanyi muda itu baru kira-kira lapan bulan memperolehi lesen memandu selepas lulus ujian memandu di sekolah memandu, PSM Akademi di Gong Badak, Terengganu.


- Harian Metro - :">

PS:Tu lah sy buat cadangkan org yg baru lulus Lesen jgn dibagi lesen.....~X(
 
sian..x pe lerr.. keta free ada insuran jg tuu.. :p :D
 
Back
Top
Log in Register