BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fairus ditahan SPRM ....

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
Fairus ditahan SPRM untuk membantu siasatan



GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu ditahan di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di Johor, kira-kira jam 11 malam tadi.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Difahamkan, Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April ini, ditahan oleh sepasukan pegawai imigresen sebelum diserahkan kepada SPRM Johor.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Air Molek kira-kira jam 2.45 pagi ini dan pegawai SPRM sedang mengambil keterangannya.
 
Ali Rustam yg komfom terlibat politik wang apa tindakan SPRM ??????
 
cepatnya SPRM bertindak ...
 
same jer yb yb kt mesia ni.. jangan kan BN yg kuat totok duit..pkr pun ada jugak laa.. camner kate zero rasuah nih.....
 
syabas SPRM #:-S atas tindakan yg cepat dan betul ... :-?
 
Fairus nak gi Singapore sebab nak register pelajaran kat sana ke ...
 
same jer yb yb kt mesia ni.. jangan kan BN yg kuat totok duit..pkr pun ada jugak laa.. camner kate zero rasuah nih.....

kita tak tolak kemungkinan wujud rasuah dlm PR...
cuma bentuk tindakan yg nampak tak adil...

kalau dlm UMNO... contoh kes datuk Ali rustam...

apa tindakan SPRM ?
 
kita tak tolak kemungkinan wujud rasuah dlm PR...
cuma bentuk tindakan yg nampak tak adil...

kalau dlm UMNO... contoh kes datuk Ali rustam...

apa tindakan SPRM ?

bukan nak menangkan Ali Rustam, aku komen dari yang aku baca dan dengar..

Ali Rustam didapati bersalah atas sebab agen dia menggunakan wang aka rasuah. nak kena faham, bukan Ali Rustam yang bagi rasuah, tapi agen.

undang-undang memerlukan bukti tuan punya badan yang buat, bukan agen. kalau agen yang buat, tuan punya badan jadi subahat. nak buktikan subahat ni la pulak yang musibat.

tang fairus ni pulak, aku no komen, sebab bacaan aku tak banyaklagi.. yang aku baca, dia beli 2 kereta mewah secara cash. ini menimbulkan wasangka.
 
Back
Top
Log in Register