BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Santuni Pengunjung Bazar Ramadan Bangsar, Edar 200 Pek Bubur Lambuk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141
0eacfd9d350e2a64ec717dfad6f7b619699c3f7082b86

10b480ab3699f2129c599a4365114bdb699c3f8cb4a6c

402da62180b0fb1df6c330ab2307f515699c3fa21d1fb

005d0bc688e1453317368e8285c86d45699c3fb9b23eb

de19c6160e6610699172c8188084c345699c3fceeab7e

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (kanan) hari ini meluangkan masa menyantuni orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar menerusi program agihan bubur lambuk kepada masyarakat setempat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa menyantuni orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar menerusi program agihan bubur lambuk kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 200 pek bubur lambuk diedarkan kepada pengunjung menerusi inisiatif Kami Care Bubur Lambuk @Lembah Pantai yang bertujuan menyemarakkan ukhuwah Ramadan dengan kerjasama petugas dan penyampai daripada Astro Audio.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program santai itu adalah platform terbaik untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat di kawasan berkenaan meskipun pada hari bekerja.

“Hari ini kami menyantuni dan menyampaikan bubur lambuk kepada mereka yang datang ke bazar. Suasananya sangat santai dan saya lihat kehadiran orang ramai sangat menggalakkan,” katanya kepada media selepas sesi agihan tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hala tuju penyiaran nasional, Fahmi menekankan kepentingan media arus perdana untuk kekal dinamik dalam menyantuni golongan Gen Z menerusi gaya penyampaian maklumat yang relevan tanpa mengetepikan etika kewartawanan.

Justeru, katanya pelantikan Ashwad Ismail, 41, sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu dilihat bertepatan bagi tujuan itu dalam menyuntik tenaga baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Beliau percaya kepakaran Ashwad mampu memacu transformasi kandungan dan format penyiaran agar lebih pantas, sekali gus mendepani cabaran landskap media digital yang kian mencabar.

 
Back
Top
Log in Register