alins
Fun Poster
- Messages
- 306
- Joined
- Nov 5, 2009
- Messages
- 306
- Reaction score
- 17
- Points
- 15
Bismillahirrahmanirrahim.
Telah diriwayatkan bahawa seorang laki-laki mengadu kepada Rasulullah S.A.W sebagaimana berikut, "Dunia telah berpaling dariku dan kini aku tidak mempunyai apa-apa." Maka Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya: "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya kamu dapat memperolehi rezeki dan ia juga merupakan doa dari sekalian malaikat dan semua makhluk?" Lelaki tersebut bertanya lagi: "Apa dia wahai Rasulullah S.A.W ?" Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Ucapkanlah Subhanallah wa bi hamdihi, Subhanallah Al-'Azhim, Astaghfirullah sebanyak seratus kali antara waktu terbit fajar sehinggalah engkau melakukan solat subuh, nescaya dunia akan datang secara terpaksa dan tunduk patuh kepadamu. Disamping itu, Allah S.W.T akan menciptakan malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T sampai Hari Kiamat, sebanyak tiap-tiap kata (dari bacaanmu) itu, yang pahalanya disediakan untukmu."

(Diriwayatkan oleh al-Mustaghfiri dari Ibnu Umar)