BTC USD 83,580.3 Gold USD 4,256.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhilat Selawat

Allahuma shalli 'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad
 

Dr Ahmad Sanusi

·

https://www.facebook.com/#
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi
=======
1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.
2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟
“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.
3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)
4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.
Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1708657720240.png
 
Imam As-Showi menyampaikan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ هَذِهِ الصَّلاَةَ شَهِدْتُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِالشَّهَادَةِ وَشَفَعْتُ لَهُ

“Barang siapa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini maka aku (Rasulullah) akan menjadi saksi bahawa orang tersebut wafat dalam keadaan membawa 2 kalimat syahadat dan aku (Rasulullah) berjanji akan memberikan syafaat kepadanya.”

SELAWAT IBRAHIMIYYAH
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

 
1000493103.jpg


Bukti Cinta Sejati Kepada Rasulullah SAW

Selawat kepada Nabi SAW adalah tanda cinta dan penghormatan kita kepada Baginda SAW. Setiap kali kita berselawat, Allah SWT membalasnya dengan sepuluh kali selawat ke atas kita. Betapa besarnya ganjaran bagi orang yang mencintai Rasulullah SAW!

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Mari kita bersama memperbanyakkan selawat, tanda syukur dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, yang telah membawa kita dari kegelapan kepada cahaya iman. Dalam setiap hela nafas, setiap langkah, jangan lupa lafazkan:

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga dengan selawat yang kita ucapkan, kita semakin dekat dengan Baginda SAW dan mendapat syafaatnya di hari kiamat.
 
1000735574.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Dekat dengan Nabi di Hari Kiamat

Rasulullah ﷺ bersabda:
"إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ..."
Manusia paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR. al-Tirmizi)

🌿 Perbanyak selawat agar dekat dengan Rasulullah.

📌 Selawat membawa rahmat dan keberkatan.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1000776398.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

🌸 Sekali Selawat, Sepanjang Majlis Diberkati

Rasulullah ﷺ bersabda:
""Apabila seseorang berselawat kepadaku sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya mencukupi sepanjang majlis itu."" (HR Tirmizi)

💌 Satu selawat, satu majlis penuh rahmat.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register