BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Facebook tidak popular

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SAN FRANCISCO 10 Mac - Facebook sebenarnya tidak terlalu popular seperti yang disangka semua pihak.

Laman web sosial terkemuka itu kelmarin mendedahkan, jumlah 845 juta penggunanya tidak tepat kerana kiraan tersebut turut mengambil kira pengguna palsu, sama ada akaun pengguna biasa dipalsukan atau pembukaan akaun pendua.

Melalui laporan keselamatan syarikat itu, Facebook menganggarkan antara lima hingga enam peratus akaun penggunanya termasuk dalam senarai palsu atau dipalsukan iaitu antara 42 juta hingga 51 juta akaun.

Laporan yang sama juga menyatakan, laman tersebut telah menjana pendapatan baru bernilai AS$8 bilion (RM25 bilion).

Menurut syarikat itu, dana tersebut akan digunakan bagi membayar perbelanjaan korporat umum, membiayai cukai liabiliti pekerja dan juga menampung 13 kos pertikaian hak paten dengan Yahoo.
 
ramai yg ada lebih pada 1 akaun ..aku sendiri ada 5,satu je aktif pun..
 
banyak yang buka saya, saya II, saya III, hahaha
 
den ado 1 je...malas nk buka byk2 sbb CG lg best dr FB :D:D
 
macam2 fb nie..twitter makin boom..tp gue xde twitter..:))
 
kaki poker selalu bukak byk akaun..belum campur yg lupa password,akaun peribadi ngan akaun business..mcm2 la reason dia
 
Baru ada 3 akaun..nanti nak bukak lg
 
buka fb dulu pun sebab tak sengaja... sekarang, bila masuk, baca sikit², lepas tu keluar la.
 
Back
Top
Log in Register