BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook rasmi PDRM digodam

panas la bontot admin fb pdrm
 
Wowww...kaw2 kena...aku ngat cina yg wat
 
m_gdPYgTaaq6_32MrIGvkB3bhKqk4RaqS6Ucaj_1ZAetAVftd9XvEnyFK30slY1s8s8YPEqzz81ZwOO7YYQ



Ditengah-tengah keriuhan isu pergaduhan di Plaza Low Yat, laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semakan Malaysiakini mendapati muka depan laman sosial Facebook PDRM itu menunjukkan gambar seorang individu memegang bendera pengganas Islamic State dan tertulis "Khilafah Has Returned".

Beberapa posting yang dimuatnaik antara lain memuatkan gambar sekumpulan pengganas itu berbaris sambil mengangkat senjata dengan posting bertulis 'Viva Islamic State'.

Sementara itu, PDRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan memaklumkan laman Facebook mereka telah digodam.

"Dimaklumkan bahawa laman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Terima kasih," twitter itu dipetik.



SUMBER
 
Aku perasan takde satu pun FB page agensi kerajaan yang verified. Sebab itu senang kena hack kot.
 
Mugkin rakyat dah meluat dengan ketua polis negara....
 
Is pengganas, jadi syiah nya baik.. ooo negara kita condong ke syiah.
 
Back
Top
Log in Register