BTC USD 81,005.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook punca cerai

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi
 
penangan muka buku nih bahaya jgk..
ader yg terlalu taksub pon ader
 
klo bole sume nak disclose dlm fb ni..ak pun pakai nickname je..
 
sib baik den tak ponah ado facebook.
 
org takdak keja ja layan FB nih......
dan budak umah aku bercerai sbb bini dia main kayu 3 letak gambar kat FB.....
 
semua agenda yahudi nk lalaikan umat manusia..
 
itu yang letih... hasrat yang merapatkan silaturahim.. tp nanti ada yang cemburu tak tentu pasal pulak.. kawan den pun ada sorang, bcerai sebab kantoi ada skandal kt FB ni.. sian kt anak2 ler..
 
Back
Top
Log in Register